Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah dilihat kurang senang melihat Aliff Aziz berterusan memberi kenyataan kepada pihak media.
Tidak berdiam diri, akhirnya Didi menulis panjang lebar rasa kurang berpuas hati kepada abang iparnya itu.
Kata Didi, Aliff Aziz sering saja memutar belit cerita dan mahu mengelak dari orang ramai fokus kepada isu tangkap khalwat dengan Ruhainies.
Jelasnya lagi, kakaknya memang seorang yang penyabar, malah dah 10 tahun bertahan dengan sikap Aliff Aziz.
Mengakui Bella turut ada buat silap, namun apa yang Aliff Aziz lakukan ini dilihat seperti mahu menutup kes dirinya yang telah ditangkap khalwat dengan Ruhainies.
“Saya amat percaya, apa yang dibuat ini untuk kaburkan mata orang ramai dengan kes khalwat.”
“Dari podcast, temu bual sana sini, tapi bila bab kes dia tak mahu mengulasnya.”
“Tentang isu kes kakak saya, panjang berjela bercakap.”
“Ini seolah nak tutup kes khalwat macam tu saja.”
“Saya pening dengar jawapan lari dari topik.”
Sementara itu, Didi Astillah juga mempersoalkan hubungan antara Aliff Aziz dan juga Ruhainies, yang telah kantoi berdua duaan di dalam rumah.
Didi turut menafikan kakaknya telah memerangkap Aliff Aziz dan Ruhainies.
Malahan, Didi turut mendedahkan abang iparnya itu turut mempunyai satu lagi kes, kali ini dengan isteri orang yang mempunyai tiga orang anak.
“Bila ada lelaki lain dengan Kak Long tahu pula melenting, tapi bila dia bersama wanita tiga ornag anak dari Terengganu, tak mahu ulas pula.”
Satu lagi kenyataan adalah berkenaan keluarga terutama ibunya.
Didi meminta Aliff Aziz untuk ingat kembali apa yang Bella dah buat kepada ibu Aliff Aziz.
Malahan Didi juga ingatkan ibunya juga banyak membantu terutama ketika Aliff Aziz bertanding di Gegar Vaganza.
Didi menegaskan juga semuanya berubah apabila Aliff Aziz berlakon dengan Ruhainies.
Itulah kenyataan panjang lebar dari Didi Astillah kepada Aliff Aziz, yang mana sebelum ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan termasuk baru-baru ini di Melodi.