Ada yang pandang rendah Faye Kusairi berniaga tepi jalan, tak standard

133 views

Peniaga yang berniaga tepi jalan tidak standard, itu antara yang diperkatakan kepada pelakon Faye Kusairi oleh sesetengah orang. 

Pelakon berumur 36 tahun ini ada membuka gerai menjual nasi ayam di BUkit Antarabangsa sejak tahun lalu. 

Kata Faye, perniagaannya memberangsangkan, dan diterima orang ramai. 

Namun masih lagi ada yang memandang rendah dirinya sebagai penjual di tepi jalan. 

“Buka gerai tepi jalan tak ada standard, tak malu ke berniaga tepi jalan, bagi saya, cetek sangat pemikiran macam tu.” 

Itu jawapan yang diberikan oleh Faye Kusairi

Jelasnya lagi, sejak berniaga di tepi jalan, ianya banyak mengajar berkenaan masyarakat setempat dan dapat kenal ramai orang.  

“Di gerai ini, saya mula kenali masyarakat dan percayalah, memang ramai betul orang yang baik dan sentiasa bersedekah. Setiap minggu ada yang infaq.”  

“Saya anggap rezeki yang luas apabila berniaga di sini. Banyak yang saya pelajari, kenali dan alami.” 

“Kebanyakkannya perkara yang positif walaupun ada yang memandang rendah kepada saya, ada yang sour, tetapi hakikatnya banyak hal yang baik.” 

Sungguhpun dipandang rendah, Faye tak patah semangat dan hanya memikirkan hal yang positif saja. 

“Apapun, saya terima segala kata-kata kurang baik dengan ikhlas dan reda.”  

“Dah 6 bulan saya di sini, hanya fikirkan tentang hal saya saja, dan juga hal para customer. Ada yang regular dan ada juga customer baru. Hanya Allah SWT saja yang dapat tentukan perjalanan saya.” 

Faye meminta agar semua orang dapat doakannya untuk memajukan perniagannya.

“Minta doakan saya semoga saya diberi kesihatan yang baik, serta dipermudahkan urusan dan juga diperluaskan lagi rezeki agar perniagaan saya ini akan lebih berkembang maju.” 

Faye memulakan perniagaan tepi jalansejak Disember tahun lalu, di lokasi berdekatan dengan Klinik Idzham di Bukit Antarabangsa, Ampang. 

Selain nasi ayam, Faye Kusairi juga ada menjual nasi buttermilk dan yang terbaru turut menyediakan menu western iaitu lasagna.