Gambar jari kaki Cristiano Ronaldo buat ramai terkesima

757 views

Di era bola sepak moden ini, hanya dua pemain bola sepak yang menguasai dunia iaitu Lionel Messi dari Argentina dan juga Cristiano Ronaldo, pemain Portugal. 

Kedua dua lagenda ini atau lebih dikenali sebagai Goat, sudah 20 tahun menjadi pemain profesional. 

Mereka mendominasi dunia bola sepak dengan memecahkan pelbagai rekod sebelum ini. 

Kali ini ada sikit cerita tentang pemain lagenda Manchester United dan juga Real Madrid ini iaitu Ronaldo. 

Sudah 22 tahun mengerah tenaga di atas padang, Cristiano Ronaldo yang lebih dikenali dengan gelaran CR7, menjadi tumpuan baru-baru ini. 

Ini setelah beliau menunjukkan satu foto sedang berehat di sebuah pusat peranginan. 

Dari foto itu, Ronaldo sedang bersantai di depan swimming pool di sebuah hotel berdepan sebuah pantai. 

Apa yang menjadi tumpuan orang ramai ialah keadaan kaki Ronaldo. 

Di foto itu, memang amat jelas kaki Ronaldo kelihatan ‘tidak normal’ seperti kaki orang biasa. 

Kuku kaki di bahagian kanannya dilihat kehitaman manakala kedua dua kakinya ada benjolan dan juga bengkak yang amat ketara. 

Ini foto kaki Ronaldo itu. 

Di laman media sosial, ramai yang menulis komen terkejut dengan gambar kaki Ronaldo itu. 

Kata mereka, inilah yang terjadi hasil kerja keras dan commitment tinggi dari seorang pemain bola sepak terhebat. 

Sememangnya Ronaldo terkenal dengan usaha dan kerja keras di dalam dan juga di luar padang, apatah lagi dah terlibat selama 22 tahun sebagai pemain bola sepak. 

Ada juga yang mengatakan, ada seorang lagi lagenda suka iaitu pemain basketball, LeBron James juga mempunyai kaki hampir serupa. 

Kata warga maya, ini mungkin kerana mereka memilih untuk memakai kasut yang lebih ketat ketika beraksi. 

Pemain berumur 39 tahun, kini berada di penghujung kariernya dan sedang bermain di lagi bola sepak Arab Saudi bersama kelab Al-Nassr. 

Sungguhpun telah masuk ke umur 39 tahun, Cristiano Ronaldo masih lagi maintain performance nya yang mana, beliau dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang tahun.