Leona tersipu malu bermimpi dating dengan Syed Saddiq

277 views

Influencer terkenal yang juga anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leona Iris kini sedang naik namanya. 

Telatahnya yang bersahaja, dengan pelat ketika bercakap dalam Bahasa Melayu, membuat ramai yang tercuit hati melihat videonya. 

Baru-baru ini, gadis berumur 22 tahun bercerita dengan pengikutnya bahawa dia ada bermimpi ahli politik terkenal iaitu Syed Saddiq. 

Dari video berkenaan, Leona bercerita, dia bagaikan terkesima kerana secara tiba-tiba bermimpi keluar dating dengan Syed Saddiq. 

Jelas Leona, dia tak kenal, tak pernah bertemu dan tak pernah bercakap dengan Syed Saddiq, dan tertanya tanya macam mana boleh bermimpi dengan jejaka berkenaan.   

“Beberapa hari yang lalu, saya mimpi keluar dating dengan Syed Saddiq.”  

“Dalam mimpi tu, kami macam pergi date sini, date sana dan kita saling bermesej-mesej.” 

“Apabila saya dah betul-betul sedar, saya terus tertanya tanya, betul ke ni? Mimpi ke? Saya check phone saya, rupanya saya memang tiada nombor telefon dia.” 

“Memang amat terkejut. Saya duduk atas katil dan fikir realiti ke ni? Lepas tu saya sedar ia hanyalah mimpi.”  

“Saya tak kenali Syed Saddiq secara peribadi dan saya tak pernah jumpa dia selama ini. Oleh itu memang terkejut kerana macam random sangat, dia muncul dalam mimpi saya.” 

“Mimpi ni selalunya dengan orang yang selalu kita ingat, tapi saya pun tak pernah fikir tentang dia.” 

Anak gadis Azhar Sulaiman ini menambah, kalaulah ianya jadi kenyataan, dia memang akan tersipu malu.  

Ini video penuh Leona bercerita tentang mimpinya itu. 

Leona ketika ini sering menjadi sebutan warga maya apatah lagi banyak videonya yang viral di laman media sosial.  

Banyak juga pihak yang mengambil Leona sebagai duta, berlakon iklan dan juga menjadi jemputan di event-event.