Pasangan viral, Azlan dan Norhidayu, akhirnya bernikah, kini pasangan suami isteri yang sah

1,279 views

Pasangan yang menjadi topik bualan sejak dua minggu ini kerana membawa baby memakai alat pernafasan menaiki motosikal akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah petang hari ini. 

Azlan, 36 tahun dan pasangannya Norhidayu, 35 tahun bernikah di Masjid Al Maarufi di Seberang Kota, Kuala Kedah, selepas Asar. 

Majlis pernikahan dihadiri ahli keluarga kedua dua belah pihak.  

Azlan dan Norhidayu mengenakan pakaian nikah berwarna putih dalam satu majlis akad nikah yang dibuat secara ringkas.  

Mereka berdua dinikah oleh pengerusi qariah masjid 

“Kami buat majlis ringkas saja. Hantaran pun tiada, cuma beri mas kahwin RM1000 dan sebentuk cincin emas. Buat yang wajib saja dulu.”  

“Tiada persiapan apa pun, cuma kami akan pakai baju warna putih. Tu pun ada rakan yang sponsor kami.” 

“Petang ni pun tiada majlis makan-makan.” 

“First time saya kahwin. Saya rasa okey tiada rasa gementar. Lagi pun saya buat benda ni untuk anak saya.” 

“Kami bercadang buat majlis kenduri secara kecil-kecilan di rumah keluarga pihak perempuan, dalam bulan depan.” 

Tahniah diucapkan kepada kedua mereka, syukur akhirnya hubungan mereka kini dah pun sah di sisi agama.  

Diimbas kembali, Azlan dan Norhidayu menjadi tular setelah gambar mereka membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal meraih tumpuan. 

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang sedang mereka hadapi apatah lagi melihat anak kecil berkenaan. 

Rakyat yang prihatin terus cuba membantu mereka sekeluarga. 

Kisah mereka menjadi viral selepas itu apabila timbul isu bahawa mereka berdua masih lagi belum berkahwin. 

Malahan ada juga berita mengatakan mereka juga pernah menerima bantuan derma sebelum ini serta membeli emas, dan merupakan penagih bahan terlarang. 

Timbul juga dakwaan pasangan ini telah hilangkan diri baru-baru ini. 

Melalui satu kenyataan, Azlan tampil memberitahu dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang sibuk dengan pelbagai urusan. 

Azlan juga akui kisah silam yang ditimbulkan, seperti pernah menjadi penagih, namun kini sudah kembali ke jalan yang lurus. 

Mereka juga menafikan ada membeli emas yang banyak seperti yang didakwa. 

Apapun, semua ini ada hikmahnya, dan Azlan dan Norhidayu telah pun menjadi suami isteri yang sah, semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga selepas ini.