Nur Izarra, anak Alyah dan Tok Ram

975 views

Pasangan suami isteri, maestro muzik Datuk Ramli MS dan juga penyanyi Datin Alyah telah membuat satu kenyataan bahawa kini sudah menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. 

Menerusi satu posting, Alyah mengumumkan dia dan suami kini sudah mengambil anak angkat yang bernama Nur Izarra. 

Baru-baru ini, Alyah dan Tok Ram telah pun mengadakan satu majlis buat anak mereka itu. 

Majlis itu ialah majlis aqiqah dan cukur jambul untuk anaknya dan juga majlis doa selamat untuk Alyah yang akan berangkat ke Tanah Suci. 

Datin Alyah telah muatnaik gambar bersama Nur Izarra namun buat masa sekarang masih belum mendedahkan wajahnya. 

Wajah Nur Izarra telah ditutup menggunakan sticker. 

Kata Datin Alyah, dia amat bersyukur dengan kehadiran baby Izarra. 

“Nur Izzara hadir dalam hidup dan memang kami tak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yg kami ini.” 

“Sungguhnya Engkaulah perancangan yang terbaik kepada hambamu.” 

“Jika mencari cinta dunia, hati boleh kecewa, namun mencari cinta Illahi, maka semuanya indah.” 

Alyah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk plan dan uruskan majlis untuk Izarra.  

“Terima kasih menguruskan segala galanya untuk majlis aqiqah, dan juga cukur jambul Izzara dan juga majlis kenduri doa selamat buat saya sebelum saya pergi tunaikan haji.” 

Di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan tahniah kepada mereka berdua termasuklah rakan artis seperti Catriona Ross, Eja, isyariana dan ramai lagi. 

Tok Ram, 65 tahun, dan Alyah, 43 tahun, berkahwin pada tahun 2013, namun tidak dikurniakan cahaya mata. 

Sebelum itu, Tok Ram pernah mendirikan rumah tangga dengan Jennifer Thompson dan mempunyai dua orang cahaya mata. 

Tahniah buat Alyah dan Tok Ram di atas kehadiran baby Nur Izarra, semoga bertambah bahagia dan ceria keluarga kalian berdua.