“Saya orang pertama yang akan mengamuk” Didi Astillah, kemudian Bella pun dah jawab

175 views

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba timbul beberapa portal yang menulis mengatakan bahawa Bella Astillah dan Aliff Aziz kini dah berbaik semula. 

Berita tersebut banyak bertebaran di laman media sosial. 

Sehinggakan adik kepada Bella iaitu Didi Astillah sendiri sudah mengetahui akan berita berkenaan. 

Didi kemudian tampil menjelaskan hal sebenar. 

Melalui satu sesi live, Didi memberitahu sehingga kini Bella dan Aliff Aziz masih belum berhubung, jadi bagaimana mereka berbaik semula. 

Malah, Didi menyatakan, dia akan menjadi orang pertama yang akan naik angin jika mereka berbaik semula. 

“Bella dan dia dah berbaik, eh bila masa? Ada la pihak yang saja nak mereka cerita macam tu. Bella dan dia, tak ada berbaik. Berhubung pun tidak. Nak berbaik macam mana? Ini berita yang sahih.” 

“Kalau mereka berbaik semula, saya orang pertama yang akan mengamuk dengan kakak saya. Saya akan jadi wakil netizen, janganlah risau.” 

Jelas Didi, dia juga berang kerana ekoran berita berkenaan, ada netizen yang mula memberi anggapan yang tak baik kepada kakanya. 

Netizen yang membaca berita berkenaan kurang puas hati apabila Bella dikatakan berbaik semula dengan Aliff Aziz.  

“Kakak saya tak ada pun keluarkan kenyataan apa-apa. Tak adanya berbaik. Ni kat live ni 10 kali saya nak bagiathu tak ada berbaik.” 

“Saya pun ngamuk bila baca artikel itu kata mereka dah berbaik, suka hati saja.” 

“Siapa yang start buat cerita ni tak tahu la, kalau tahu dah lama contact mereka tu.” 

Itulah jawapan dari Didi Astillah apabila ramai yang bertanya tentang status Bella dan Aliff setelah membaca artikel berkenaan, yang mengatakan mereka dah berbaik semula. 

KENYATAAN DARI BELLA ASTILLAH

Dalam pada itu, Bella juga telah dimaklumkan tentang artikel berkenaan.

Kata Bella, dirinya kini dah pun move on, dan meminta tiada lagi spekulasi tentang hal tersebut.

Ini yang ditulis Bella.

Buat masa sekarang ini, Bella Astillah dan Aliff Aziz masih lagi dalam proses mahkamah untuk kes perpisahan mereka, yang akan berlangsung pada minggu depan.