Walaupun dah pun berpisah, hubungan antara Adira dan juga bekas suami, Dato Red masih lagi baik.
Mereka berdua dilihat beberapa bersama membuat sesi siaran langsung di laman media sosial.
Adira dilihat cuba membantu bekas suaminya itu kembali bangkit dalam perniagaan.
Beberapa hari lepas, Adira sekali lagi hadir di sesi live Dato Red.
Namun kali ini ada satu hal yang lucu telah didedahkan oleh Dato Red.
Katanya, dia ada menerima mesej dari individu yang tak dikenali baru-baru ini, dan ianya penuh dengan kata-kata cinta.
Individu berkenaan mahu memikat Adira, tetapi telah hantar pesanan mesej kepada Dato Red.
Dato Red kemudian telah menunjukkan sedikit mesej-mesej cubaan memikat Adira itu kepada orang ramai di sesi live itu.
Jelasnya, dia terhibur kerana individu berkenaan mahu pikat Adira tetapi hantar mesej pula kepada bekas suami.
“Ini bukannya saya mahu aibkan orang, bukan.”
“Tak tahulah dari mana orang tu dapat nombor telefon aku, tetapi memang dia ingatkan aku ni, Adira.”
“Dia nak bikin cerita cinta tapi yang kau hantar dekat aku.”
Tambah Dato Red, dia tiada rasa cemburu dengan hal itu, malah dah pun beri mesej berkenaan kepada bekas isterinya itu.
“Saya takdelah nak cemburu, saya pun dah tunjuk kepada Adira mesej itu.”
“Saya dah tanya Adira, sama ada nak balas semula tak mesej tu, bagi kata romantik ke, tapi Adira tak nak.”
Antara mesej yang dihantar ialah seperti ini.
“Sayang Adira, aku memang benar cinta kamu, kita kahwin.”
“Tunggu kamu di Sabah, janji aku akan jaga kamu, sayang kamu.”
“Rindu kamu, percaya aku sayang.”
“Apa kata kita bikin cerita cinta.”
Ditanya oleh peminat sama ada ramai yang menguratnya, Adira akui memang ramai yang cuba memikatnya.
Adira berkata: “Bukan hari ini je, tetapi hari-hari.”