Intan Najuwa hamil

Ibu nasihat Intan Najuwa beri baby dalam kandungan dengar alunan surah dan zikir

470 views

Pelakon Datin Intan Najuwa kini sedang mengandung anak pertama, hasil perkahwinan dengan Datuk Ahmad Azraf Azman. 

Sejak mengandung, Intan Najuwa dilihat ada beberapa kali muatnaik status tentang kandungannya serta aktivitinya sepanjang tempoh kehamilan. 

Sudah tentu, pengalaman pertama untuk bergelar ibu ini, satu perjalanan yang amat manis buat Intan dan juga suami. 

Sepanjang kehamilan pertama ini juga, Intan Najuwa berkata, dia selalu menerima mesej dari ibunya iaitu Nafizah. 

Menerusi satu perkongsian mesej Whatsapp yang dihantar, ibunya memberi pesan agar Intan selalu memasang alunan zikir dan juga ayat suci Quran untuk kandungannya itu. 

Ibu Intan juga sempat berseloroh agar Intan tidak terlalu fikir untuk shopping saja.  

“Setiap hari akan ada pesanan dan mesej dari mama. Ini pesanan untuk hari ini ye kawan-kawan.” 

Ini pesanan dari ibu Intan. 

“Baby dah boleh dipasang dengan ayat Quran, letak di perut. Biar dia terdedah dengan bacaan zikir-zikir dan ayat suci. Dah boleh mula dah ni.” 

“Hari-hari buka kan bacaan surah.” 

“Janganlah asyik dengar zikir dari ibu dia nak shopping saja.” 

Ini paparan mesej berkenaan.  

Sementara itu, ekoran kisahnya ini menjadi bualan, Intan dilihat kurang senang apatah lagi menerima komen yang kurang baik.

Intan berkata dia update aktiviti kehamilannya itu untuk suka-suka saja.

Sebelum ini, ada beberapa kisah semasa kehamilan Intan Najuwa, antaranya ialah perancangannya untuk membeli belah dan shopping di kota London dalam bulan depan untuk mendapatkan barangan baby. 

Selain itu, Intan juga ada memberitahu dia mengidam beberapa benda yang agak pelik. 

Antaranya ialah mahu makan roti canai dan juga melihat roti canai ditebar. 

Pelakon berumur 27 tahun ini juga mengidam untuk minum teh Thailand. 

Kata Intan lagi, dia bukanlah selalu mahu minum seperti itu, dan dia juga sentiasa menjaga kesihatannya. 

Intan Najuwa dan Datuk Azraff bernikah pada bulan Ogos tahun 2023 di Desaru, Johor. 

Semoga segala urusan Intan Najuwa dan suami untuk menimang cahaya mata ini akan dipermudahkan.