Shuib tak akan panggil rahim

Shuib Tak Akan Panggil Rahim Ke Podcast

1,955 views

Shuib Sepahtu bersama Shuk dan Fizi kini sedang giat aktif dalam rancangan bual bicara terbarunya yang diberi nama Dol Podcast. 

Baru-baru ini, Dol Podcast mendapat views yang amat tinggi setelah kehadiran anggota Sepah iaitu Mamat. 

Kisah tentang Mamat menjadi tular ketika berbicara mengenai kisah lama kumpulan Sepah, sebelum mereka bergelar artis. 

Boleh lihat sendiri podcast berkenaan DI SINI

Baru-baru ini, Shuib ada tampil live dan berbicara tentang tetamu jemputan yang seterusnya untuk Dol Podcast. 

Ada beberapa nama yang dipetik oleh para peminat untuk hadir di rancangan berkenaan. 

Antaranya Ina Naim, Datuk Rosyam Nor, Ernie Zakri, para pelawak dan juga Rahim. 

“Ina Naim, eh baik juga ni. Rosyam Nor, tak boleh, dia dah ada podcast dia.” 

“Panggil pelawak, memang tu rancangannya.” 

“Ernie Zakri, ni pun baik, Erni Zakri ni dulu guru kepada arwah Siti Sarah. Dia datang rumah dengan keluarga dia, masa tu dia budak lagi. Dia memang guru vokal.” 

Namun begitu apabila nama Rahim dipetik, Shuib berkata dia tidak akan memanggil Rahim ke podcast berkenaan. 

Jelas Shuib, ada dua nama yang tidak akan dipanggil olehnya ke rancangan berkenaan. 

Salah seorangnya ialah Rahim.  

“Jangan panggil Rahim. Tak, tidak memang takkan panggil Rahim. Terus terang sajalah aku cakap. Ada dua nama ni memang aku tak akan panggil.” 

Kenyataan dari Shuib itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. 

Ramai yang mengimbau kembali kenangan yang mana Rahim merupakan individu yang berada di sisi Shuib ketika pengebumian arwah Siti Sarah. 

Tindakan Shuib tidak akan panggil Rahim ternyata mencetuskan ura-ura bahawa mereka berdua juga mempunyai isu. 

Apapun, kita doakan yang terbaik agar Shuib, Rahim, Mamat dan juga Jep akan kembali bersama sama, kembali kan Sepah dan juga Sepahtu.