Selepas Jep meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila namanya dipetik di podcast yang dibicarakan oleh Shuib dan juga tetamunya iaitu Mamat, nampaknya isu ini semakin banyak diperkatakan.
Baca tentang luahan dari Jep DI SINI.
Kalau melihat ruangan komen, ada juga yang menyokong Jep, akan tetapi ada juga yang mengatakan perbualan Shuib dan Mamat itu merupakan imbasan dan kenangan masa lalu antara rakan-rakan.
Shuib dan Mamat sebelum ini sudahpun dilihat bagaikan memberi reaksi setelah Jep meluahkan rasa kurang senangnya itu.
Baca reaksi dari Mamat dan juga Shuib DI SINI.
Yang terbaru, kedua dua Shuib dan Mamat dilihat telah bertemu.
Mereka berdua dilihat berjumpa di sebuah kedai makan, untuk menikmati hidangan tengah hari, makan lunch bersama.
Shuib telah muatnaik video mereka di kedai makan tersebut.
Ini videonya.
Dari video itu, Mamat ada berkata yang isu ini telah jadi panas dan mereka berdua menjadi tumpuan.
Namun Shuib meminta Mamat untuk bertenang saja.
Mamat: “Macam mana ni, kita tengah panas ni.”
Shuib menjawab: “Rileks saja, tenang, benda ni simple saja Mat, makan dulu.”
“Aku kat Kl ko kat Kl, bila aku kat Kulai ko ada kat Kulai.”
Mamat menambah: “Biasalah kita tengah top ni.”
Mereka berdua dikatakan bertemu ketika berada di Kulai, Johor.
Shuib membawa keluarga termasuklah ibunya makan di kedai berkenaan.
Di imbas kembali, ketika di podcast, Shuib dan mamat seronok mengimbau kenangan lalu ketika mereka berdua masih lagi belum bergelar selebriti.
Jep merupakan rakan sejak kecil Mamat, manakala Shuib pula berkenalan dengan Jep semasa sama-sama menyertai uji bakat Akademi Fantasia.
Jep kemudian memperkenalkan Shuib kepada Mamat sebagai ahli bersama untuk menyertai rancangan Sinaran Passport Kegemilangan dan kemudiannya menyertai rancangan Raja Lawak.
Jep, Mamat dan Sepah kemudian membentuk kumpulan Sepah dan berjaya menjuarai Raja Lawak dan kemudian menjadi terkenal sehingga kini.