Kisah penceraian Fazura dan juga Fattah Amin mendapat perhatian ramai pihak dan ini termasuklah dari rakan selebriti. Antara yang memberi komen ialah Lana Nodin.
Pelakon ini memberi pendapatnya melalui satu komen di Instagram Melodi yang menunjukkan temubual Fazura dan juga Fattah Amin.
Lana berpendapat, adalah tidak perlu untuk bercerita tentang kisah bekas pasangan setelah berpisah.
Jika membaca komen berkenaan, Lana Nodin tegur Fazura yang bertindak mengeluarkan kenyataan dan membuka aib bekas suaminya.
Kata pelakon berumur 44 tahun ini, lebih baik menutup mulut saja dari terus bercerita dan membuka aib.
“Jika benar anda seorang yang mature, matang, lebih baik tutup mulut dari cerita membuka aib bapa kepada anak anda sendiri.”
“Nanti esok budak tu dah besar dan tengok, buat malu saja.”
Lana atau nama sebenarnya Mazlina berkata, sebelum ini ada kata mahu berpisah dengan cara baik, namun kenapa perlu mahu bercerita dan beri penjelasan punca perpisahan.
“Katanya mahu berpisah dengan cara yang baik, tetapi mengapa perlu nak beri penjelasan nak buka aib.”
“Esok kalau orang buka aib ko baru tahu.”
“Just jadi matang, berdiam diri, dan move on saja. Hanya Allah saja yang tahu kalau kau sedih.”
“Tetapi apabila kamu bertindak nak cerita pada satu dunia, makanya mungkin kamu bukanlah mangsa. Be smart la.”
Ini komen penuh dari Lana Nodin.
Ternyata komen dari Lana ini mendapat persetujuan dari orang ramai.
“Betul saya setuju seratus peratus.” Tulis seorang netizen.
Selain Lana Nodin, ramai juga selebriti lain yang memberi komen tentang kisah penceraian Fattah Amin dan juga Fazura ini.