“Saya tak boleh menjanda lama-lama” Ina Naim perlukan figura ayah untuk anak-anak

1,376 views

Setelah setahun pemergiaan buat selamanya Suhaimi Saad, balunya iaitu Ina Naim kini bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi, 

Ina Naim akan berkahwin dengan lelaki bernama Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor tidak lama lagi.  

Jelasnya, insan bernama suami ini penting demi untuk anak-anaknya. 

Ini kerana,  anak-anak memerlukan individu bergelar ayah untuk terus belajar. 

Dengan adanya suami dan figura seorang ayah, ini dapat membantunya mendidik dan membesarkan anak-anak yang kini sedaang meningkat remaja. 

Tambahnya lagi, anak-anak juga sudah berhubung dengan bakal suaminya itu menerusi panggilan telefon.  

KOMEN DARI INA NAIM

“Bagaimana penerimaan anak-anak tentang bakal suami? Syukur alhamdulillah, anak-anak saya pun sekarang sebenarnya dah mula belajar dengan bakal bapa baru mereka.” 

“Mereka selalu berhubung melalui panggilan telefon untuk belajar.” 

“Anak-anak saya memang tak ke sekolah tetapi mereka kena belajar. Oleh itu saya tak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang sebab saya tak boleh uruskan anak-anak yang sedang meningkat usia remaja.” 

“Bagi saya, anak-anak perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan bantu pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia.” 

Ini dikatakan bakal bernikah dalam satu majlis yang berlangsung pada 8 Novemeber ini. 

Jelasnya, majlis akan diadakan secara sederhana saja dan tak dapat nak menjemput semua orang. 

Baginya Ina, yang penting adalah perkara yang wajib saja.  

“Saya nak minta maaf tak dapat jemput semua sebab saya tak buat majlis besar pun, buat kecilan saja. Mohon maaf banyak-banyak kepada semua, jika boleh memang saya nak jemput semua.” 

“Buat sekadar majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk saudara dan kawan terdekat.”

“Saya ni bukannya anak dara atau muda lagi, dah tau dah, ada anak-anak pun empat orang, takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding.” 

“Oleh itu saya buat perkara yang wajib iaitu bernikah dan jamu tetamu makan. Tapi insyaallah rakan dari Inteam, Saujana akan datang.” 

Diimbas kembali, Ina dan Suhaimi Saad berkahwin pada tahun 2007 dan mereka mempunyai empat orang anak.  

Suhaimi Saad yang merupakan penyanyi nasyid dari kumpulan In Team, meninggal dunia pada 15 November tahun lepas kerana pneumonia atau jangkitan kuman paru-paru.