Diana Danielle bakar surat cinta Farid Kamil

540 views

Diana Danielle bakar surat cinta Farid Kamil, itulah perkembangan terkini kisah yang sedang melanda pasangan suami isteri selebriti ini. 

Semalam, Farid Kamil ada muatnaik sekeping gambar menunjukkan surat cinta yang dinukilkan olehnya kepada isterinya Diana Danielle. 

Surat berkenaan ditulis pada 3 November 2012, iaitu tarikh pernikahan Farid dan juga Diana, 12 tahun yang lalu. 

Ini surat cinta sempena pernikahan yang ditulis oleh Farid Kamil. 

“Selalu bahagia di dunia sampai bersatu kembali di syurga, selamat hari istimewa kita.” Itu antara isi kandungan surat berkenaan. 

Namun begitu, Diana Danielle kemudian ada muatnaik satu kenyataan ekoran dari video suaminya itu. 

Diana dilihat sudah tidak lagi mahu dipujuk, dan mahu segera dilepaskan. 

Katanya, suaminya itu boleh dilabel sebagai zalim jika mahu memanjang permintaannya untuk dilepaskan. 

Tambahnya lagi, sudah satu tahun mereka kembali rujuk, dan cuba untuk kembali berbaik semula, namun pelbagai dugaan yang ditempuhi. 

Tegasnya dia sudah tidak mahu lagi meneruskan perkahwinannya dengan Farid Kamil. 

“Saya sudah tidak mahu lagi dipujuk, dan tidak mahu teruskan lagi perkahwinan ini.” 

“Sudah jelas niat saya iaitu tiada lagi yang lain, selain saya mahu tidak lagi berada di bawah tanggungjawab nya.” 

“Lepaskan saya.” 

Ini penulisan penuh dari Diana Danielle. 

Selain itu, Diana juga ada muatnaik video sekeping kertas yang sedang terbakar. 

Dikatakan, Diana Danielle bakar surat cinta Farid Kamil, surat yang ditulis 12 tahun lalu. 

Tulis Diana, “Surat yang penuh tipu daya, tiada di dalam hati saya.” 

Ini fotonya. 

Sehingga kini, sudah jelas Diana Danielle sudah ptah hati dan tidak mahu lagi bergelar isteri kepada Farid Kamil. 

Namun begitu, Farid dilihat masih lagi belum menyerah untuk memujuk isterinya itu. 

Kita tunggu saja perkembangn mereka berdua ini, semoga segala urusan Farid dan Diana akan dipermudahkan, dan yang paling penting ialah anak-anak.