Ning Baizura terbuka, sedia dikritik Datuk Syafinaz

68 views

Penyanyi Ning Baizura merupakan antara peserta Gegar Vaganza untuk musim ke 11 atau GV11. 

Umum dah tahu, ada tiga ornag juri yang akan mengadili para peserta. 

Untuk musim ke 11 ini, jurinya sama dengan juri musim lalu iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz. 

Bercakap tentang penjurian, Ning berkata dirinya sudah pun bersedia untuk menerima semua komen para juri termasuklah rakannya iaitu Datuk Syafinaz. 

Ning sudah sedia terima kritikan dan komen pedas dan akan sentiasa bersikap professional. 

Ini komen dari Ning Baizura.  

“Saya sudah pun bersedia. Datuk Syafinaz pun kita semua memang dah tahu bahawa dia merupakan individu yang selayaknya untuk menjadi juri.” 

“Memang beliau layak memberi komen kepada para peserta.” 

“Sejujurnya, bagi saya, saya memang amat terbuka. Mungkin saya pun dah lama tak menyanyi, jadi ada yang kurang sana sini. Oleh itu teguran itu untuk memberi teguran tentang kesalahan saya.” 

“Saya dah sedia untuk semua tu.”  

Namun begitu, Ning tidak akan ambil peduli tentang komen dari orang lain terutama dari netizen. 

“Kalau netizen yang beri komen ni, saya tak perlu ambil pusing.” 

Ning berkata sedemikian ketika ditemubual oleh portal Gempak. 

Selain menampilkan juri yang sama, untuk musim ke qq ini, Gegar Vaganza masih lagi mengekalkan dua hos utama yang sama iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse. 

Seperti biasa, rancangan Gegar Vaganza akan bersiaran setiap hari Ahad bermula jam 9 malam bermula 24 November ini. 

Ini senarai penuh para peserta untuk GV 11

Ning Baizura, Ronnie Hussein, Liza Aziz, Nai (Dinamik), Reshmonu, Fairuz Selamat, Yazid (Lovehunters), Sheila Abdul, Illa Sabry, Arrora Salwa, dan Zehra Zambri. 

Ini pula senarai penyanyi dari negara jiran iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan kumpulan The Lima.