Sharnaaz, Abby Abadi komen nyanyian Fazura

3,602 views

Sejak semalam, nyanyian Fazura mendapat perhatian ramai. 

Kemunculannya di rancangan hiburan negara jiran, menjadi bualan ramai. 

Fazura hadir dalam rancangan temubual Sea Today di Jakarta untuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul Bertahan Demi Cinta. 

Di sesi berkenaan, Fazura juga telah menyanyikan lagu berkenaan secara live dan inilah yang menjadi bualan ramai. 

Banyak media yang memaparkan video persembahan Fazura itu, termasuklah beberapa media utama. 

Ini videonya. 

Begitu banyak komen diberikan dan dapat dilihat ianya mendapat kritikan yang agak pedas dari orang ramai. 

Namun dalam banyak komen, ada juga selebriti tanah air yang beri sedikit respon. 

Antaranya ialah Abby Abadi dan juga Sharnaaz Ahmad. 

Pelakon yang juga penyanyi dari kumpulan Elite iaitu Abby Abadi memberi komen setelah menonton video berkenaan. 

Walaupun ramai yang memberi komen kurang baik, bagi Abby, persembahan berkenaan okey saja dan melabelnya sebagai comel. 

“Okey saja, cute dan comel Fazura nyanyi.” 

“Lagu ni duet, dan bukan senang nak menyanyi seorang.” 

“Ok ni, ianya bukanlah pertandingan pun.” 

Tambahnya lagi, ramai yang tak suka dengan Fazura lantas memberi komen yang kurang baik. 

“Sekarang ramai yang mencaci Fazura, dia pergi ke sana untuk berkerja, entah dibayar dalam USD, korng semua dapat apa.” 

“Kalau tak suka tu, habis serba serbi tak kena. Istifar banyak-banyak.” 

Selain itu, pelakon Sharnaaz juga ada memberi komennya di ruang video di Instagram. 

Kata Sharnaaz dia kini dah ada gang, nyanyian hampir sama. Pelakon ini juga berseloroh dia berpeluan untuk keluarkan lagu barunay tak lama lagi. 

“Aku ada geng, suara kita ni lebih kurang sama dah. Aku ada chance nak keluarkan single ni, soon.” 

Itu antara komen dari selebriti tentang nyanyian Fazura. 

Ini merupakan kemunculan pertama Fazura, setelah berpisah dengan Fattah AMin pada bulan Oktober yang lalu dan lagu ini dirakam ketika mereka masih lagi bergelar suami isteri.