Keputusan penuh, final All Stars Gegar Vaganza, Jaclyn Victor menang!

54,526 views

Malam kemuncak final All Stars Gegar Vaganza telah berlangsung pada hari Ahad, 10 Disember 2023. 

Seramai 8 orang peserta bersaing di pentas akhir musim ke 10 ini.

Jaclyn Victor, Naqiu, Hady Mirza, Siti Nordiana, Azharina, Nikki Palikat, Tomok, dan Liza Hanim mencuba yang terbaik untuk merebut gelaran juara di antara juara Gegar Vaganza. 

Kesemua peserta melalui tiga persembahan untuk peringkat akhir ini. 

Lagu solo, lagu duet bersama artis jemputan dan juga lagu secara berkumpulan menyanyikan lagu rap.

Untuk pentas akhir ini, seorang juri jemputan telah dijemput iaitu ratu rock Malaysia, Ella turut bersama juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz.

Para juri hanya memberikan komen kepada para peserta di sesi solo sahaja.

Juara untuk All Stars Gegar Vaganza adalah milik Jaclyn Victor.

Membawa hadiah wang tunai RM200 ribu, pakej percutian ke negara eropah Switzerland dari Kaki Jalan, penginapan di Hotel Royale Chulan London, pakej ubahsuai deco dari Ritz Reka dan juga trofi juara All Stars Gegar Vaganza. 

Nyanyian solo Jaclyn Victor membawa lagu When You Believe, ternyata memukau para juri dan juga para penonton. Semasa komen, Tok Ram memberi gambaran nyanyian Jac amat baik dan memintanya untuk tidak membazir di lagu kedua dan ketiga. Manakala Datuk Syafinaz turut memuji nyanyiannya di segmen solo. 

Untuk pentas akhir ini, hanya diumumkan juara sahaja.

Selain Jac, antara peserta yang menyerlah ialah Liza Hanim.

Liza Hanim menggegar pentas Axiata apabila berjaya menyampaikan lagu Celine Dion dengan penuh cemerlang. Bonda Hetty Koes Endang telah bangun dan memberikannya standing ovation di pusingan pertama.

Kesemua peserta menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10ribu, pakej percutian dan juga trofi.

Boss susu mewakili penaja utama Farm Fresh, juga telah memberikan satu anugerah tambahan iaitu wang tunai RM10ribu.

Pemenangnya ialah Naqiu, yang dipilih sendiri oleh bos susu.

Ketika sidang media selepas selesai konsert akhir, pihak Astro mendedahkan keputusan penuh termasuk markah serta ranking para peserta.

Ini keputusan penuh finalist All Stars Gegar Vaganza.

Berakhir sudah Gegar Vaganza musim ke 10 ini yang lebih dikenali dengan nama All Stars Gegar Vaganza, tahniah kepada para pemenang dan semua finalist.