Nadia Brian label lelaki tak tinggal solat amat seksi

42 views

Nadia Brian, 33 tahun, sudah hampir 3 tahun single setelah berpisah dengan bekas suaminya. 

Sejak akhir-akhir ini, pelakon ini dilihat aktif di laman sosial Thread miliknya dan ada menulis beberapa pendapat dan luahan hatinya. 

Antaranya, Nadia pernah menulis dia dah penat jadi second option dan mahu bertemu dengan cinta hatinya. 

“Dah penat jadi pilihan kedua ni, bila agaknya dapat bertemu dengan cinta sejati.” 

Itu yang ditulis oleh Nadia. 

Berkenaan posting ini, Nadia telah ditanya wartawan tentang apa maksud sebenarnya. 

Adakah Nadia sudah mempunyai teman, namun hanya menjadi pilihan kedua saja. 

Jawabnya, dia tiada sesiapun ketika ini, namun kenyataan itu ditulis ketika emosinya dalam keadaan swing. 

“Biasalah perempuan, ada mood swing kan.” 

“Itu luahan hati saja. Sekarang ini kan asyik berkawan dan tidak tahu bila fasa bercinta akan datang.”  

“Sekarang memang saya tak ada teman lelaki, cuma kawan-kawan sahaja. Saya tidak tahu bila nak jumpa cinta sebenar.” 

“Lagi pun sekarang sibuk berkerja, doakan yang baik-baik.” 

Ditanya tentang target untuk kembali berumah tangga, sebenarnya Nadia tiada sebarang umur untuk berkahwin lagi, namun berkata mungkin dalam dua tahun lagi, dalam 35 tahun. 

Selain kenyataan itu, Nadia juga ada muatnaik beberapa lagi pendapatnya yang mendapat perhatian ramai. 

Antaranya, Nadia ada menulis mengatakan lelaki yang bertanggungjawab dan menjaga solat boleh dilabel sebagai seorang yang seksi. 

“Lelaki tidak tinggalkan solatnya memang amat sexy.” 

“Selain tu, lelaki yang bertanggungjawab pun amat sexy.” 

Ini tulisan dari Nadia Brian. 

Kenyataan dari Nadia ini mendapat respon yang pelbagai dari orang ramai.

Pelakon berasal dari Perlis ini berkahwin dengan jejaka bernama Muizz pada tahun 2019 namun mereka berpisah pada tahun 2021. 

Nadia mula dikenali sebagai pelakon melalui drama Akulah Balqis dan juga filem berjudul Blok 404.