Nadia Brian jalani rawatan kesihatan mental, sesi kaunseling

1,156 views

Nadia Brian mendedahkan dia menjalani sesi kaunseling dan rawatan psikologi untuk pastikan kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik.

Pelakon berumur 30 tahun ini memberitahu, sampai sekarang dia masih lagi datang ke sesi berkenaan walau sesibuk manapun.

Jelasnya, dia memang agak down ketika rumah tangga alami masalah, namun bersyukur kini semuanya terkawal.

“Jujur saya nak cakap penyakit mental ini memang ada dan berlaku. Family saya pun memang ajar tentang perkara ni sejak kecil lagi.”

“Saya memang untung sebab ibu saya seorang pegawai psikologi. Oleh itu saya dah terima pendedahan tentang kesihatan mental.”

Kata Nadia Brian, jangan ada perasaan malu atau segan kalau ada sign, sebab hal ini tak boleh nak simpan saja.

“Saya sendiri sekarang ni masih lagi selalu jumpa kaunselor. Kalau ada rasa tak sedap hati, saya terus jumpa kaunselor dan cerita apa yang saya rasakan.”

“Hal seperti ini kita tak boleh nak pendam dan simpan seorang diri. Penyakit mental ini tak kenal sesiapa, semua boleh kena, artis ke, wartawan ke, semua ada boleh kena.”

Nadia turut mengaku, dia rasa jatuh terduduk ketika mengenangkan perkahwinannya telah runtuh pada tahun lepas.

“Memang benar saya akui ketika awal berpisah, saya jadi down dan tak tahu nak kawal emosi. Slowly saya bangkit.”

“Sekarang ni syukur alhamdulillah semua kembali macam dulu-dulu. Saya pun sibuk dengan penggambaran dan jadual padat dengan kerja.”

Itulah pengakuan dari Nadia Brian tentang pentingnya menjaga kesihatan mental. Lebih baik terima rawatan lebih awal sebelum jadi lebih teruk.

Selain Nadia Brian, sebelum ini penyanyi Baby Shima turut mejalani sesi kaunseling setelah merasakan dirinya tertekan dengan kata-kata yang tak elok dari orang ramai.