Laporan penuh kes suami Zahnita ditahan polis

92 views

Semalam pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson membuat pendedahan dirinya dalam keadaan lebam di bahagian mata dikatakan akibat perbuatan suaminya. Oleh itu suami Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse telah ditahan polis. 

Polis telah menahan Zackery untuk membantu siasatan selepas pelakon berkenaan membuat pendedahan tersebut secara umum. 

Hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak polis. 

KENYATAAN POLIS 

Ketua Polis Kuantan iaitu Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suami Zahnita hadir ke ibu pejabat polis Kuantan dan telah ditahan. 

Esok, lelki berumur 39 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kuantan untuk perintah tahanan reman. 

“Kes ini kini disiasat berdasarkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 akta sama dan Seksyen 18 iaitu Akta Keganasan Rumah Tangga.” 

KEJADIAN MATA LEBAM, DIUGUT 

Dalam laporan Harian Metro, kejadian mata lebam Zahnita itu berlaku pada tarikh 26 November yang mana pelakon terbabit berada di rumah di Kuantan. 

Suaminya datang dan kemudian berlaku perselisihan faham. 

Ini komen dari satu sumber seperti dilaporkan Harian Metro. 

“Dikatakan pelakon tersebut mahu duduk berasingan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.” 

“Ketika itu, mangsa telah diugut oleh suaminya yang ingin membunuhnya jika keluar dari rumah sebelum dirinya dicederakan.” 

Zahnita memuatnaik foto dirinya dalam keadaan cedera di sekitar bahagian mata. 

Pelakon berumur 39 tahun ini menulis, sebolehnya dia mahu mendiamkan diri, namun hal ini semakin berlarutan dan tak boleh bertahan lagi.  

“Saya tidak nak dedah hal ini, tapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta jadi sebab saya selalu pakai spek mata hitam.” 

KENYATAAN ZAHNITA, PUNCA DIPUKUL 

Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, berkata, dirinya dipukul suami sehingga lebam kerana dia bertanya tentang hubungan suaminya dengan wanita lain. 

“Punca saya dipukul kerana saya tanya suami tentang hubungan dia dengan wanita lain namun langsung tak boleh bawa bincang.” 

ADA INDIVIDU MUNCUL DEPAN RUMAH IBU 

Pelakon ini juga berkata, dia ada melihat beberapa individu muncul di hadapan kediaman ibunya di Kuantan, Pahang. 

Zahnita tak pasti siapa mereka namun kesemuanya mendakwa datang dari agensi yang bertujuan mahu membawanya ke balai polis. 

“Saya tak tahu agensi apa. Apabila saya tanya mana laporan polis dan waran tangkap terhadap saya, mereka tak boleh jawab dan cakap nak ambil kenyataan dari saya.” 

ZAHNITA TUNGGU PEGUAM 

Pelakon ini menambah, kini dia sedang menunggu peguam yang dilantik untuk datang dari Kuala Lumpur. 

“Saya tengah tunggu wakil peguam datang dari Kuala Lumpur untuk buat sebarang tindakan selepas ini.” 

NAK JUMPA ANAK 

Jelasnya lagi, dia sudah seminggu tak berjumpa dengan anaknya setelah diambil suami. 

“Saya mahu anak saya.. Dah seminggu lebih dia ambil anak saya dan saya dah tak tahu apa lagi nak buat.” 

“Sekarang terpaksa buka aib, maaf saya tidak boleh simpan lagi. Sudah 20 tahun saya bersabar.” 

BUKAN KALI PERTAMA DIPUKUL 

Zahnita juga mendedahkan, sebelum ini dia juga pernah buat laporan polis kerana pernah dikasari suaminya itu. 

Akan tetapi tiada sebarang tindakan yang telah diambil. 

“Selama ini saya dipukul dan saya pernah buat laporan polis namun tiada apa-apa tindakan. Malah tindakan itu berbalik kepada saya, sangat gila.” 

PERNAH MINTA CERAI SEBELUM INI 

Zahnita juga akui pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Abdul Zackery akan tetapi suaminya memujuk dan mereka kembali berbaik. 

Namun ternyata suami Zahnita tidak berubah dan asyik ulang kesilapan yang sama.  

“Selama ini saya cuba mempertahankan rumah tangga kami. Saya juga pernah minta cerai selepas itu dia janjikan bumi dan langit.” 

“Tapi tak lama, dia ulang semula perbuatan mengasari saya. Dah 20 tahun saya bertahan, dah cukuplah.”  

PESANAN ZAHNITA 

Sebagai mangsa keganasan rumah tangga, Zahnita berpesan dan ingatkan wanita diluar sana untuk bersuara jika menjadi mangsa sepertinya. 

“Sebagai wanita saya mahu memberi kesedaran kepada semua terutamanya yang senasib dengan saya agar terus bersuara dan jangan diam diri saja.” 

Itulah kisah Zahnita dan suaminya Abdul Zakery Ghouse. 

Mereka berkahwin pada tahun 2005 dan mempunyai empat orang anak.