Ranking, markah peserta Gegar Vaganza 11 minggu 1

20,196 views

Semalam telah berlangsung program paling ramai dinanti peminat seni tanah air iaitu Gegar Vaganza musim ke 11 atau GV11. 

Seramai 14 peserta telah menyahut cabaran untuk bertanding di pentas yang gah ini. 

Seperti biasa, untuk minggu pertama ini, para peserta akan menyanyikan lagu mereka sendiri, lagu yang amat sinonim dengan para peserta. 

Selesai kesemua persembahan, masa yang paling ditunggu pun tiba iaitu segmen ada lagu ada lagi. 

Para peserta akan diberikan mengikut turutan, yang paling awal merupakan peserta paling bagus untuk malam itu, dan yang terakhir merupakan peserta yang mendapat markah terendah. 

Ini markah peserta Gegar Vaganza 11 untuk minggu 1 ini. 

Untuk minggu pertama ini, Liza Aziz mendapat markah paling tinggi sebanyak 77.5 peratus. 

Liza membawa lagu popularnya berjudul Bermula Cerita. 

Penyanyi dari negara jiran iaitu Dyrga dari kumpulan band Dadali pula dikedudukan kedua. 

Lagu nyanyian Dadali berjudul Disaat Aku Mencintaimu sememangnya sering menajdi siulan dan begitu dekat di hati peminat seni tanah air. 

Tempat ketiga dan ke empat pula jatuh kepada dua peserta yang mendapat markah yang sama iaitu Fairuz Selamat (bekas vokalis kumpulan Q Face) dan juga Ning Baizura

Untuk tiga peserta paling rendah markahnya pula ialah Ila Sabri, Arrora Salwa dan juga Reshmonu. 

Lihat keputusan penuh para peserta GV11 untuk minggu pertama ini di bawah. 

MARKAH PESERTA GEGAR VAGANZA 11 MINGGU 1 

Gegar Vaganza musim ke 11 ini dikendalikan oleh hos yang sama seperti musim terdahulu iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse. 

Juri pula masih lagi kekal iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz. 

Musim ini menyaksikan sedikit kelainan yang mana ada tiga peserta berasal dari negara jiran Indonesia turut sama memeriahkan pertandingan.