Rumah Che Ta diserbu oleh wakil Majlis Amanah Raya (Mara) pada pagi hari ini, hari Selasa.
Ini kerana Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan didakwa tak membayar hutang pinjaman daripada agensi berkenaan yang berjumlah hampir RM1juta.
Tindakan serbuan berkenaan dipercayai dibuat untuk membolehkan pihak Mara menilai barangan dalam rumah terbabit untuk menyita.
Dari laporan portal Mstar, Sinar Harian, dan Kosmo, dikatakan Che Ta, 51 tahun, gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Semasa serbuan dilakukan, pelakon dan model tersebut tidak berada di rumah yang terletak di Kota Damansara itu, sebaliknya yang ada hanyalah ibunya saja.
Pihak peguam yang merupakan antara wakil, telah menyerahkan Writ penyitaan dan penjualan kepada Rozita Che Wan.
Selepas satu jam serbuan dibuat, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendi dilihat tiba di rumah.
Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dari Che Ta tentang kes ini.
Kita tunggu kenyataan lanjut dari isteri kepada Zain Saidin ini kelak.