Ini cerita terbaru berkenaan usahawan yang juga selebriti internet iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida. Ada beberapa cakap yang mengatakan hubungan pasangan suami isteri ini sedang diuji. Ini ditambah lagi dengan beberapa luahan hati kedua pasangan ini melalui laman media sosial Instagram masing-masing.
Ia sekaligus memberi bayangan bahawa kedua mereka macam ada sesuatu yang berlaku dalam perkahwinan mereka yang selalu penuh dengan riuh rendah.
Dalam pada itu bonda Rozita iaitu ibu kandung kepada Aliff Syukri turut muat naik sekeping gambar dan menulis satu caption yang memberi bayangan Dato Aliff Syukri dan isteri ada sedikit pergeseran antara mereka berdua.
Dari captionnya, bonda Rozita, menulis agar pasangan ini terus kuat dalam melayari bahtera mereka dan sempat memberi nasihat kepada pasangan suami isteri ni.
Menurut ibu kepada Aliff Syukri ini, Aliff ada ajak isterinya itu untuk terlibat sama dalam satu penggambaran untuk videonya, akan tetapi Shahida dikatakan tak mahu dan Aliff telah naik angin kepada isterinya dan melabelnya sebagai banyak ragam.
Ini tulis bonda: “Anak sayang, menantu saya saying. Keduanya anak saya. Aduhai ujian Allah ginilah jadi Mak. Ujian balik haji namanya
“Masa anak senang, saya jauhkan diri, bila anak susah, saya datang, hidup ni tidak lepas dengan ujian Allah hantarkan kepada manusia. Susah senang berbalik kepada Allah saja sebab agama islam itu ialah pendamaian dan adalah jawapan pada kesulitan ‘sebab tu Mak cakap anak kuatkan pegangan agama’.
“Malam tadi Aliff Syukri ajak saya penggambaran video ‘oh abang kosmetik’, dia dah memarrahi dengan Shahida sebab katanya Shahida banyak buat tingkah laku. Saya memang paham, Shahida tengah sarat mengandung dan dah tersinggung dengan Aliff Syukri. Sebabnya Shahida tak terlibat penggambaran, saya kata kepada Aliff Syukri, jangan buat pasal, biarkan Shahida yang tengah sarat mengandung, tolong hormati dia”
Komen dari bonda Rozita ini dapat perhatian dari para netizen. Diruangan komen banyak yang mendoakan agar perkahwinan Aliff Syukri dan juga Shahida kembali pulih jernih.