Ini senarai penuh peserta MLM2019, Mamat buat comeback dengan Azlee

3,160 views

Rancangan hiburan paling popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2019 bakal menjelma tak lama lagi. Rancanagn ini yang sinonim dengan gelaran MLM2019 akan bermula pada tarikh 1 November. Sebelum itu, MLM 2019 Kerusi Panas akan ditayangkan terlebih dahulu pada tarikh 25 Oktober ini. Sememangnya ianya amat dinanti ramai.

Ini senarai para peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Zero (Atu, Sharif, Syaiful)

Bocey (Abam, Fad, Achey)

J-Born (Joey, Khir Rahman, Vicha)

Stone (Mamat Sepah, Azlee Senario, Acong)

Jambus (Tauke Jambu, Tapai Kiut)

Puteh (Ali, Mamak, Man Raja Lawak)

Rare (Ropie, Ajak Shiro, Ilya Sepahtu)

Rojak (Rahim Sepahtu, Bell Ngasri, Chiwan Chilok)

Cali (Peserta Brunei: Khai, Tonny)

Rahmat (Peserta solo dari Indonesia)

Popon (Peserta Indonesia)

Rancangan MLM2019 akan bersiaran selama 11 minggu, dan diacarakan oleh pengacara Datuk AC Mizal.

Sementara itu, antara yang menarik perhatian adalah kemasukkan Mamat Sepah dan juga Azlee dari kumpulan Senario. Mamat dan Azlee akan berganding dengan Acong membentuk kumpulan Stone.

Kata Mamat, dia pada mulanya agak kecewa apabila Azlee Senario telah tolak pelawaannya dan Acong untuk join mereka di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Azlee dah pun beberapa kali tolak pelawaan akan tetapi mereka tak berputus asa sebaliknya terus bertekad untuk mendapatkan pelawak berpengalaman tersebut.

 “Pada mulanya saya minta Acong call Azlee, tetapi Azlee minta Acong call semula sebab dia nak fikir dan pertimbangkan pelawaan kami.

“Tetapi Azlee tak balas call kami. Saya mula risau sebab produksi dah start tanya. Lepas beberapa kali cuba, Azlee masih tetap tak setuju bersama kami dan jalan terakhir saya ialah buat solat hajat”

“Kami kecewa sangat masa tu, dah sedih dah sebab pelawak idola kami tak mahu bersama. Tetapi, pada hari penggambaran, tiba-tiba Azlee call dan beritahu dia dlm perjanan ke studio.

“Masa tu, saya dan Acong rasa macam kemenangan besar kerana pelawak senior yang dah layak jadi juri macam Azlee sudi bersama kami”

Cerita Mamat lagi, Azlee sebenarnya berubah fikiran untuk join kumpulan mereka sebab dia melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mamat dan juga Acong.

“Sykur, alhamdulillah, impian saya utk bersama idola saya dah pun tercapai. Saya harap peminat dapat terima kumpulan kami dan akan buat yang terbaik utk semua”