Tiada lagi panggilan suami “aku-kau” – Ardell

18,369 views

Pasangan selebriti yang baru sahaj berkahwin iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana ternyata secocok sekali. Kedua pasangan ini bermula sebagai BFF atau teman tapi mesra, dan akhirnya disatukan di jinjang pelamin.

Baru-baru ini Ardell Aryana telah menyambut hari kelahiran suaminya itu dan menulis satu ucapan khas buat Nadzmi.

Ardell Aryana berkata kehadiran Nadzmi Adhwa sememangnya melengkapkan hidupnya dan dia merupakan orang yang amat sempurna sebagai seorang insan bergelar suami.

Satu video sambutan hari lahir dibuat oleh Ardell dan keluarga dengan mengambil tema jersi pasukan kelab bola sepak kegemaran suaminya iaitu Arsenal.

Ini tulis Ardell kepada suaminya: “Words cannot begin to describe how much you mean to me. Saya tahu saya selalu lambat, saya tahu saya bukan lah yang terbaik untuk awak, tapi saya akan cuba lagi dan lagi untuk menjadi seorang yang baik dan buat lebih baik lagi dari hari ke hari inshaallah. Nanti kita lawan game fifa20 sama-sama ye.

“You are the perfect combination of husband and best friend. Tahun ni rasa lain sambut birthday wawa (nama mesra Nadzmi Adhwa buat Ardell) sebab tahun ni tak ada (aku kau) lagi tapi (AWAK SAYA).

“Thank you pada semua family saya, family mertua, sahabat-sahabat, akak- akak serta abang-abang business (Gigih semua orang cari jersey team Arsenal) khas untuk Nadzmi Adhwa. Surprise, walaupun arsenal selalu buat kecewa tahun ni.

Dalam pada itu, Nadzmi Adhwa turut meluahkan rasa syukur kerana dirinya telah diberikan seorang isteri yang sentiasa memberikan kegembiraan buatnya.

“Thanks my love. Awak selalu buat diri ini gembira. Awak sentiasa yang terbaik buat saya walau awak tidak sihat awak tetap buat semuanya untuk saya. Semoga perkahwinan yang kita bina kekal sampai Jannah”

Memang sweet habis Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana. Semoga bahagia selalu.