Kinah bawa pelajar tahfiz tengok wayang, xde tempat lain ke.. akhir zaman

3,009 views

Pada hari Sabtu yang lepas, umat Islam di seluruh Malaysia telah menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, Maulidur Rasul. Macam biasa, memang banyak program disusun untuk menyambut sambutan yang penuh bermakna ini.

Lazimnya, antara program yang selalu dibuat adalah seperti perarakan dan ceramah agama untuk memperingati Maulidur Rasul.

Akan tetapi, ada satu cara yang berbeza diambil oleh pelakon Sharifah Sakinah. Ini apabila, Sharifah Sakinah telah membuat satu program yang mana dia telah membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton wayang bersama dengannya. Cerita yang mereka tonton adalah filem pusaka yang kini sedang hangat ditayangkan di panggung wayang hasil lakonan pelakon popular Shafiq Kyle.

Kemudiannya, pelakon ini turut mengambil inisiatif untuk belanja semua pelajar tahfiz tersebut menjamu selera di satu restoren makanan segera.

Sharifah Sakinah telah berkongsikan gambarnya bersama kesemua pelajar tahfiz berkenaan dan jelas terpancar kegembiraan di wajah anak remaja itu.

Namun begitu, nampaknya, niat Sharifah Sakinah untuk belanja dan gembirakan anak-anak di sekolah tahfiz itu telah dipersoalkan oleh netizen. Ramai yang tertanya kenapa dia bawa anak tahfiz ke tempat seperti itu yang mana netizen melabel sebagai ‘lagha’.

Ada juga yang memberi pendapat bahawa lebih baik Sharifah Sakinah bawa dan belanja anak tahfiz iu ke tempat yang lebih baik atau buat aktiviti lain yang boleh menunjukkan kebesaran yang maha Esa.

Kemudian, ramai juga yang menulis komen agar Sharifah Sakinah diberi hidayah dan dibuka hatinya.

Melihat dirinya mendapat pelbagai komen yang tak beberaap setuju dengannya, Sharifah Sakinah tidak hanya berdiam diri, dan menerusi Insta Story, pelakon ini dengan lantang  membalas komen netizen kepadanya itu.

Ini respon Sharifah Sakinah.

Mungkin pihak agamawan patut beri tunjuk ajar dan panduan buat artis yang nak bantu atau buat sebarang program untuk anak tahfiz. Jadi tak delah salah faham kan.

Sampai sekarang masih ramai yang tertanya-tanya tentang hal ini. Ada yang kata boleh bawak ke tempat macam tu, da nada kata janganlah bawa pelajar sekolah tahfiz ke tempat macam tu.