Tahniah diucapkan buat penyanyi Tajul yang kini dah pun bergelar bapa. Malam tadi, isteri kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie diberitakan telah pun selamat melahirkan anak sulung mereka.
Bayi pertama untuk pasangan ini merupakan bayi perempuan dan dilahirkan di Hospital Kajang lebih kurang sekitar jam 11.56 malam pada hari Sabtu (16 November 2019).
Tajul yang baru berumur 21 tahun telah memberitahu berita gembira ini kepada orang ramai dan para peminatnya menerusi laman media sosial Instagram miliknya pada tengah hari tadi.
Ternyata beliau amat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu. Menerusi satu entry, Tajul turut mendedahkan nama anaknya itu yang diberi nama yang amat sedap iaitu Adriana Carissa.
Ini tulis Tajul: “Yeahh! Alhamdulillah anak daddy Adriana Carissa. Selamat dilahirkan pada tarikh 16 November malam tadi jam 11:56pm. Kite belanje gambar dia sikit, nti dia dah besar, baru boleh tunjuk muka dia okay. Terima kasih smua yang mendoakan, I love you so much sayang”
Menerusi laporan dari portal mStar, Tajul berkata dia alami perasaan yang pelbagai tatkala anak sulung lahir ke muka bumi ini.
“Isteri saya bersalin secara normal sekitar jam 11.56 malam tadi. Sy dapat bayi perempuan. Perasaan saya amat bercampur baur, gembira pun ada, sedih pun ya.
“Kira-kira jam 6 petang hari Sabtu, isteri ada bgtau sy yang perut dia dah rasa tak sedap (contraction) dan mula rasa sakit. Terus bawa isteri ke hospital”
Ada satu peristiwa yang agak menarik juga apabila penyanyi ini akui bahawa dia sebenarnya hamper jatuh pengsan ketika berada kat bilik bersalin kerana dirinya ada fobia bila tengok darah.
Akan tetapi, untuk penuhi permintaan isterinya untuk temannya ketika bersalin, Tajul tetap beranikan diri untuk saksikan proses kelahiran secara normal tersebut.
“Sy penuhi permintaan isteri, teman dia dalam bilik bersalin. Ketika tengok dia (bersalin) seram macam nak pengsan juga. Tapi pengalaman itu yang buat saya lebih menghargai isteri.
Untuk pengetahuan, Tajul kahwin secara senyap-senyap dengan pilihan hatinya Nurul Shamieza pada 10 Disember 2017.
Penyanyi ini merahsiakan perkahwinannya sebab tak mahu campur aduk perkara peribadi dengan urusan kerjanya sebagai penyanyi.