Baring depan Finas, Sharifah Shakinah sindir Ahmad Idham

3,906 views

Ini tentang cadangan dari Ahmad Isham yang merupakan orang kuat Finas tentang Netflix, satu aplikasi yang amat popular ketika ini untuk orang ramai menikmati rancangan tv series, movies yang boleh ditonton secara online sahaja.

Ahmad Idham telah memberi cadangan agar pihak kerajaan untuk buat tapisan ke atas Netflix ni. Hal ini membuatkan ramai yang terkesan dan memberi respon kurang setuju.

Antara yang tegas memberi pandangan peribadi ialah pelakon popular Sharifah Sakinah. Terkenal dengan sikapnya yang open minded dan sering beri pandangan, Sharifah Sakinah dilihat tak setuju dengan perkara berkenaan.

Katanya, melalui Netflix, pengguna boleh setting sendiri untuk tapis kandungan buat kanak-kanak.

Ini luahan dari Sharifah Sakinah melalui satu entry di ruangan Ig miliknya. Malah, pelakon ini juga sempt memberi sindiran yang sinis terhadap lakonan Ahmad Idham terutama dalam drama popular lakonannya berjudul Cinderella.

Komen Kinah: “Today, CEO Finas suggest the Government to filter Netfix app content which I strongly disagree. Yes some contents are not suitable for younger minds but you can use the security PIN feature what. To parents who are concerned with this paid internet apps, you can set password to avoid kids viewing or simply just don’t subscribe lah. Please jangan kacau Netflix. If the government wants to ban or filter Netflix I’m gonna baring depan finas tu dengan kawan2 ramai2. Boleh singgah zoo negara sekali. Because it is unfair and inconsistent, what about app like Wechat or Youtube? To the CEO of Finas, I really miss your old dramas like Cinderella that inspire me to become TV actress. Who can forget the romance scenes and all the pegang2, dancing2 that I watched when I was child on the unfiltered national television, right?”

Nampaknya, ramai yang turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Sharifah Sakinah tentang idea Ahmad Idham itu.