Kahwin suami BFF, ini kenyataan rasmi Yaya Kuih Bulan

6,403 views

Kini sedang hangat dikatakan tentang kes seorang bff merampas suami. Nama yang dikaitkan adalah seorang pengusaha kuih bulan bernama Yaya.

Yaya dikatakan telah bernkah degan seorang lelaki berstatus suami kepada kawan baiknya sendiri. Kes ini lantas jadi buah mulut di laman Facebook sejak disebarkan oleh bff nya itu.

Menjawab segala tuduhan yang viral, akhirnya Yaya tampil memberi kenyataan rasmi. Kata Yaya yang baru berumur 23 tahun, semua perkara yang tersebar adalah tak benar.

“Saya tak pernah kahwin dgn sape2 dan semua dakwaan yang ditulis di FB itu merupakan satu fitnah” Itulah kenyataan dari Yaya atau naam betulnya, Haziqah Nurul Huda.

Yaya menambah lagi, dia hanya mampu redha apabila kes ini jadi viral dan melabelnya sebagai satu dugaan besar diberikan oleh Tuhan kepadanya.

Bagi wanita muda ini, perkara ini dianggapnya satu ujian dan ada himah tersendiri.

“Saya hanya redha dgn ujian dari Ilahi. Tuhan ada dgn saya. InsyaAllah, Tuhan akan mudahkan semua urusan saya.

“Tak ada alasan untuk saya kahwin di negara jiran Thailand seperti yg viral kerana wali saya iaitu bapa dan juga emak ada bersama saya 24 jam. Saya tak boleh drive dan kalau ke mana-mana mesti dengan ayah.

“Pada tarikh 6 Januari 2020 yang kononnya tarikh saya kahwin dengan lelaki itu di Thailand, ia tidak benar, sebab hari itu saya dan juga keluarga ada di Kuantan Pahang sebab anak saudara masuk hospital”.

Bercerita lanjut, Yaya berharap kebenaran di sebalik semua kes yang jadi kecoh ini akan terjawab tak lama lagi.

“Saya hanya serah pd netizen kalau nak berterusan menghukum saya sebabkan fitnah itu. Saya yakin berada di pihak yang benar.

“Cukup mereka tahu bahawa sebenarnya saya masih bujang dan tak bercinta dengan sesiapa, jauh sekali untuk kahwin dengan suami orang lain.

“Selain berniaga, saya hanya ada ibu dan ayah serta keluarga saya. Tapi rezeki bukan datang daripada perniagaan saya, tapi rezeki adalah dari Allah”

Dalam pada itu, Yaya tak akan teragak untuk saman individu berkenaan jika terus memburukkan nama baiknya.

Diimbas kembali, pada pagi ini, lama facebook agak panas apabila seorang ibu kepada tiga anak mendakwa suaminya dirampas dan berkahwin dengan bff nya sendiri.

Perkara itu dibuat melalui akaun FB dengan nama Hanna Baa, yang mengatakan Yaya bercinta dan telah kahwin secara senyap dengan suaminya di negara jiran pada tarikh 6 Januari lepas.