Kes kepayahan hidup yang dialami oleh pelakon berbakat besar iaitu Puteri Balqis membuatkan ramai yang pelik dan kasihan. Tetapi banyak persoalan timbul tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada pelakon berkenaan sampai dikatakan hidup susah sehinga masuk rancangan Bersamamu TV3.
Ramai juga netizen turut tertanya dimanakah rakan artis yang patutnya membantu Puteri Balqis.
Menjawab pertanyaan berkenaan, pelakon popular Nabila Huda tempil buka mulut dan mengatakan sebenarnya ada saja rakan artis yang membantu. Tapi nampaknya seperti ada persoalan lain yang ditimbulkan oleh Nabila Huda.
Anak kepada Amy Search ini telah mempersoalkan tindakan ibu Puteri Balqis sendiri yang dilihat membiarkan anaknya itu yangs edang sakit untuk menjual buku di serata Kuala Lumpur.
Ini komen Nabila Huda: “Soalannya, mengapa budak yg kena cancer/barah, hanya di biarkan jalan serata Kuala Lumpur utk sara hidup walhal ada ayah dan maknya yang ada kaki serta tangan yang sempurna? Mengapa budak perlu kena ikat perut, walhal ayah dan emaknya ada kemampuan nak jalan, cakap semuanya sempurna.
Balas netizen: “Soalannya pula, mana orang yang ada sekeliling budak tu (Puteri Balqis) yang sentiase bersama waktu dulu (zaman Balqis popular). Ada benar kah hidup orang ini bagaikan semut, kalau ada gula, satu kampong semut datang, apakah?
Jawapan Nabila Huda: “Kami selalu je ada dan sedia nak bantu malah memang pernah membantu. Ada yg sangat membantu. Kami adalah manusia dan bukannya semut. Dia pula bukanlah bagaikan gula, dia merupakan anak syurga. Semua orang sayang dia dam selalu tolong. Kembali semual kepada soalan saya, sanggupkah?
Ini balas netizen lain: “Bukan ke ibu bapa kepada Puteri Balqis ni dah cerai dan mak dia memang tak pernah nak kerja secara tetap?
Nabila Huda lantas menjawab: “Penceraian sebenarnya bukanlah satu alasan mahupun penyelesaian. Persoalan saya, sanggupkah, dari tadi Itulah soalan saya.
Kenyataan dari Nabila Huda ini turut mendapat persetujuan dari ramai netizen lain, yang mana mereka pelik apa yang berlaku dalam keluarga Puteri Balqis sendiri. Dan ini termasuk dimana ayahnya dan mengapa ibunya tidak bekerja.
Nabila Huda juga meminta orang ramai jangan buat spekulasi dan memandai-mandai jika tak tahu hal sebenar.