Sajat mengaku dirinya lelaki ketika daftar umrah – Agensi travel

5,318 views

Pihak agensi Albayt Travel yang telah menguruskan perjalanan usahawan terkenal Sajad, keluarga dan dua lagi pekerjanya mengerjakan ibadah umrah sekali lagi buat satu kenyataan tentang kes yang sedang viral itu.

Kata pihak agensi itu, Nur Sajat atau nama penuhnya, Muhammad Sajad Kamaruzzaman dikatakan telah mengaku bahawa dirinya adalah seorang lelaki tatkala mendaftar untuk urusan ibadah umrah.

Jelas wakil daripada Albayt Travel lagi, ketika proses pendaftarannya bagi melakukan ibadah umrah itu, Sajad telah memberi segala dokumennya sebagai seorang lelaki dan tidak langsung menyebut bahawa dirinya khunsa seperti yang didakwa.

Namun, sebaliknya apa yg dah terjadi adalah, apabila Sajad sampai dan berada Tanah Suci kota Mekah, dia kemudian telah memaklumkan kepada mutawiff yang ada kat sana dan mendakwa dia adalah seorang khunsa.

Ini kenyataan daripada wakil Albayt Travel tentang kes ini melalui portal Harian Metro: “Yg jadi persoalan adalah, sekiranya benar dirinya seorg yg bergelar khunsa, mengapa ketika nak naik penerbangan dari Kuala Lumpur, dirinya masih seorg lelaki.

“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi jga dah contact dan ada tanya tg kejadian itu sblm dia mendakwa ada surat dari mahkamah yg menyatakan bahawa dirinya sorg khunsa,”

“Kami dah pun minta Sajad utk buat permohonan maaf semalam serta utk delete semua gmbr serta video di dalam laman sosialnya.

“Sya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki ketika berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,”

“Kami memang dah semak tiket penerbangan kemungkinan dia ada beli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada lagi.

“Pihak kami juga dah jumpa wakil dari Wisma Putra, dan sampai waktu ini, Sajad tidak ditahan oleh pihak berkuasa di negara berkenaan”

Sementara itu, surat mahkamah yang didakwa oleh Sajad itu sama sekali tidak pernah diketahui atau diberitahu pada pihak atau wakil agensi umrah berkenaan.

Itulah kenyataan terbaru dari pihak agensi yang membawa Sajad ke umrah. Ramai yang nak tahu apa tindakan lanjut dari pihak berkuasa tentang kes ini.