Pelakon Fizz Fairuz dan isterinya iaitu Almy Nadia telah mengumumkan berita dukacita, apabila Almy telah kehilangan anak yang sedang dikandung. Berita sedih itu telah dikongsikan oleh Fizz Fairuz sendiri di laman sosial Instagram miliknya. Untuk pengetahuan, bayi berkenaan merupakan anak keempat mereka.
Kandungan Almy Nadia telahpun berusia 14 minggu ketika menerima perkhabaran dukacita itu. Menurut Fizz Fairuz, sebenarnya dia merasa amat sedih dengan berita tersebut namun dia amat bersyukur kerana dapat meminjam anak keempat itu walaupun sekejap saja.
Menurutnya lagi dia redha dengan pemergian anak mereka itu dan akan menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah.
Ini luahan sayu Fizz Fairuz: “Al-fatihah, terima kasih kepadamu, Allah bagi kami 14 minggu bersama baby ke-empat saya dengan isteri, Almy Nadia. Allah lebih sayangkan kamu anakku, papa amat redha, papa tak nak menangis, kerananya papa seorang yang kuat. Amin semoga Allah akan jaga kamu ye wahai anakku. Al-fatihah”
Jika sebelum ini Fizz dikatakan sangat gembira dengan berkongsi tentang bakal menimang cahaya mata kali keempat bersama isterinya itu. Serta dia amat berharap bahawa cahaya mata keempat yang bakal dilahirkan itu adalah seorang bayi lelaki pula.
Tidak sangka pula ini yang berlaku kepada kandungan isterinya tatkala Almy dan Fizz dijangka menerima baby lelaki setelah sebelum ini kesemuanya anak perempuan.
Sementara itu, Almy juga ada menulis perasaan apabila dia dia telah kehilangan anak dalam kandungannya. Ini komen Almy.
“Alhamdulillah semua dah selesai dengan sempurnanya. Al-fatihah semoga tenang disana wahai anakku. Allah tentunya lebih sayangkan. Mama memang tak kuat, wahai sayag tapi mama kena kuat demi semua kakak-kakak mu. Mama tahu papa sedang bersedih, cumanya papa tak tunjuk saje. Maafkan mama sayang. Maafkan diri mama ini wahai anakku bernama Momammad. Jumpa lah kita di sana nanti, tunggu mama dan papa di sana. Al-fatihah”
Sebagai rekod, Fizz Fairuz yang dah pun bergelar Datuk, merupakan seorang pelakon dan juga ahli perniagaan dan dia terkenal apabila membintangi drama Nur Kasih dengan bergandingan bersama Tizz Zakiah.
Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada tanggal 26 April 2016 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan. Semoga Fizz dan juga Almy Nadia tabah menghadapi ujian ini. Salam takziah diucapkan buat pasangan ini.