Siapa yang tak kenal dengan penerbit A Aida yang kini berusia 50 tahun telah pun menjadi buah mulut ramai netizen antaranya isu membuka tudung. Namun lagi sekali A Aida menjadi tumpuan apabila di lihat menghadiri Konsert Romantika Datuk Awie bersama seorang lelaki sado, berbadan sasa.
Disebabkan kehadiran dia bersama lelaki sado itu, ramai dikalangan netizen mula membuat spekulasi bahawa itu adalah kekasih baharu penerbit tersebut.
Ini adalah kerana kenyataan dari A Aida yang mendakwa bahawa dia telah pun menolak sebanyak tujuh orang lelaki sebelum ini gara-gara tidak memenuhi cita rasa dirinya.
Bagi merungkai rahsia siapakah lelaki sado yang bersama dirinya ketika di konsert tersebut A Aida semasa dihubungi memberitahu bahawa dia sememangnya sedang berkawan rapat dengan jejaka sado itu dan hubungan mereka masa dalam kenal hati budi masing-masing.
Ini komen A Aida lagi: “Saya memang dah agak soalan ini akan timbul. Saya ni seorang jenis yang selesa cakap benda betul. Ya, saya dengan dia sedang berkawan. Tapi, hubungan ini masih lagi di peringkat awal iaitu kami berdua sedang saling kenali diri masing-masing.
“Saya tak nak terburu-buru dalam soal mencari pasangan hidup. Saya nak rehat dan relaks je dulu. Kini apa yg jadi benda paling utama ialah fokus pada business dan juga anak-anak saya.
“Kalau ada jodoh tu maka adalah. Namun, itu bukan fokus saya sekarang. Di usia sekarang ni, banyak benda lain yg perlu sy beri tumpuan”
“Dari dulu lagi saya okay saja kawan dengan sesiapa pun. Macam sekarang ini pun, memang dia jauh lebih muda dari umur saya ni. Dan saya selesa saje berkawan dengannya.
“Saya tak terfikir pun usia itu sebagai satu halangan. Cuma, saya kena lebih berhati-hati dalam hal ini”
Jelas A Aida lagi lelaki itu juga adalah berusia lebih muda darinya dan dia turut menjelaskan bahawa dia tidak kisah menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja.
Apabila ditanya adakah jejaka sado itu merupakan seorang coach di pusat gymnasium dia hanya berkata biarlah semuanya rahsia.