Dari banglo ke rumah kecik, pengalaman Che Ta lepas berpisah dengan suami pertama

3,436 views

Pelakon Rozita Che Wan yang selalu dipanggil dengan nama Che Ta telah berbicara tentang perubahan hidup yang dibuat olehnya selepas anak sulung iaitu Ammar Effendy ada berkata tak mahu hidup susah dan ini berlaku ketika Che Ta baru saja berpisah dengan suami pertama dan bergelar ibu tunggal pada tahun 2003.

Che Ta akui dia terus ada perasaan mahu bangkit demi untuk sara hidup anak-anaknya sebaik saja berpisah dengan bekas suami dan kemudian tinggal di rumah yang lebih kecil. Ini kata Che Ta.

“Ketika saya kahwin dengan bekas suami dulu, saya terus berhenti tak kerja dan bergelar suri rumah sepenuhnya untuk uruskan keluarga di rumah.

“Diimbas kembali lepas lebih kurang sepuluh tahun saya kahwin, takdir berlaku dan kami suami isteri berpisah. Sebelum ni tinggal kat rumah banglo depan kelab golf, kemudian saya pindah dengan anak-anak ke appartment yang kecil saja.

“Bila je malam, Ammar Effendy nangis sebab dia tak nak tinggal di rumah kecil itu, mummy tak nak duk rumah ni kata Ammar. Masa itu lah diri saya ni rasa amat tercabar, dan oleh itu saya perlu buat something. Ini agar anak saya tak akan terrasa perubahan hidup ketara, supaya dorang rasa itulah mak itulah bapa”

“Dari housewife kemudian jadi ibu tunggal, tak ada banyak beza pun, saya orang yang positif.

Itulah komen Che Ta menerusi rancangan The House yang kini ditayang kembali di portal Astro Gempak. Sebelum ini, rancangan program realiti ini disiarkan pada tahun 2017.

Selepas bepisah dengan suami pertama yang merupakan seorang pilot, Che Ta kemudian telah berkerja keras dan akhirnya berjaya menjadi pelakon popular.

Kemudian Che Ta telah bernikah dengan pelakon Zain Saidin pada tahun 2013. Che Ta ada tiga anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra dari perkahwinan terdahulu dan seorang puteri iaiu Aaisyah Dhia Rana, anak dengan Zain.

Kalau nak layan gelagat Che Ta dan keluarga boleh lah tengok di portal Gempak ye. Layankan.