Pembaca Berita Farit Ismeth Emir Disahkan Meninggal Dunia

3,085 views

Satu berita tekini telah diterima berkenaan seorang pembaca berita untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir disahkan pergi buat selamanya pada hari ini.

Farit Ismeth Emir telah disahkan meninggal dunia dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Arwah dikhabarkan meninggal kerana sakit barah paru-paru.

Menerusi satu kenyataan oleh manager kepada DJ Fuzz, dia turut telah mengesahkan bapa kepada composer dan penyanyi rap itu mengembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 pagi hari Isnin.

Sementara itu dari laman media Facebook pembaca berita RTM, Rozimah Mahyiddin, beliau juga ada berkongsi berita berkenaan dan mendoakan agar arwah Farit Ismeth Emir akan ditempatkan antara di kalangan orang-orang yang beriman. Ini tulisnya.

“Saya baru saja terima berita sedih ini dari keluarga arwah Farit Ismeth. Secara dukacitanya, saya ingin memberitahu bahawa rakan seperjuangan kita yang juga ikon kepada RTM, iaitu Farit Ismeth Emir atau lebih mesra disapa Pak Ngah, telah hembuskan nafas terakhirnya baru sebentar tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor di umur 66 tahun. Al-fatihah. Semoga didoakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan tergolong di kalangan orang yang beriman. Aamin”

Dalam pada itu ada antara pembaca berita yang turut membuat kenyataan tentang pemergian arwah seperti Akbar Sahari dan juga Iesya Toh.

Kini jenazah arwah Farit Ismeth Emir ada berada di Masjid Kampung Melayu Petaling Jaya dan dikatakan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS4, Petaling Jaya.

Untuk pengetahun Farid Ismeth Emir merupakan seorang penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu. Sehingga kini Farid ada mempunyai tujuh orang anak dan DJ Fuzz merupakan salah seorang anaknya.

Salam takziah buat keluarga arwah Farid Ismeth Emir dan sama lah kita doakan buat arwah.