Setelah ada beberapa laporan mengatakan rumah tangga pasangan ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Shahida sedang bergolak dan di ambang perpisahan, pada bulan Ramadhan yang mulia ini, nampaknya hubungan pasangan ini kembali jernih.
Malah Aliff Syukri ada berkongsi dia dan isteri dan anak-anak telahpun berbuka bersama di rumah mahligai mereka baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian, Aliff Syukri ternyaat gembira kerana dapat berbuka dengan keluarga dan merakam momen indah itu dengan melayan karenah anak-anak nya.
Ini tulis Aliff Syukri: “Buat pertama kali akhirnya dapat berbuka bersama family. Korang makan menu apa buka puasa hari ni. Pada hari ini saya nak kongsikan kepada korang hari pertama juadah berbuka puasa saya dengan keluarga saya ni. Maklumlah kan memang dah lama duduk membujang kan. Kiranya hari ini first day lah isteri saya masak untuk saya lauk makanan untuk berbuka puasa. Kalau ikutkan ada lebih kurang 20 jenis lebih masakan lauk pauk”.
Aliff Syukri juga ada menulis mengatakan anaknya terlalu happy apabila abahnya itu dapat berbuka bersama bersama-sama sekeluarga.
“Gembira sangat, suka giler”, itulah antara kata-kata dari anak-anak apabila ditanya oleh Aliff Syukri secara spontan.
Aliff Syukri juga merakamkan telatah anaknya yang mana anak perempuannya bernama Cess telah buat puding, manakala anak lelaki nya dilihat telah menolong membasuh pinggan selepas berbuka bersama.
Sebelum ini Aliff Syukri membuat kenyataan dia dah kembali kepada isteri dan keluarga setelah beberapa bulan berpisah.
Rindu teramat sangat dan telah buang jauh-jauh perasaan ego, kini Aliff Syukri telah muhasabah diri dan lebih matang lantas lebih menghargai isteri serta keluarga tersayang.
“Memang bukan senang nak dilalui, tapi syukur Alhamdulillah pada tuhan. Keluarga saya kini jadi keutamaan saya. Kini saya jadi Aliff Syukri yang baru, lebih matang dan dah sedar family adalah segala-galanya. Pada bulan Ramadan ini, ianya telah beri erti yang amat besar buat diri saya. Doakan saya dan keluarga kembali bahagia”.
Para follower pasanagn ini dilihat amat gembira dengan perkembangan ini. Semoga Aliff Syukri dan Shahida terus bahagia bersama family mereka.