Kisah perkahwinan antara pelakon popular tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad dengan isterinya Noor Nabila, yang juga kakak kepada Neelofa sudahpun diketahui orang ramai.
Sunggupun Noor Nabila dah pun failkan penceraian di mahkamah, tetapi Sharnaaz pernah beri kenyataan bahawa dia akan tetap cuba nak pertahankan rumah tangga mereka walaupun ramai ibaratkan bagai retak menanti belah.
Sejak dari arahan kawapan pergerakkan oleh kerajaan Malaysia, ada yang beranggapan hubungan mereka dilihat semakin pulih. Ini ekoran banyak perkongsian daripada kedua mereka di laman media sosial Instagram yang telah memberi gambaran bahawa hubungan mereka sudah kembali jernih.
Dan kemudian, lebih menguatkan lagi andaian ini adalah ketika Sharnaaz Ahmad dilihat telah menulis ucapan khas kepada Noor Nabila sempena hari ibu pada hari Ahad lepas.
Happy mother’s day, tulis Sharnaaz ringkas di gambar yang memperlihatkan Nabila sedang memeluk anak mereka Jebat Jayden.
Ucapan yang ditulis oleh Sharnaaz itu telah jadi tumpuan dan menerima lebih kurang dua ribu likes dari para follower mereka. Ini menunjukkan ramai peminat gembira serta nak lihat pasangan ini kembali bersama.
Melihat komen dari follower, kebanyakkan menulis komen positif dan telah mendoakan agar perkahwinan antara Sharnaaz dan juga Nabila kembali jernih dan ini penting untuk kebaikan anak sulung mereka Jebat.
Sharnaaz juga ada upload video dan gambar Jebat ketika berada di rumah isterinya itu. Dengan itu, ramai menjangka bahawa hubungan merka sekeluarga kembali akrab dan beri bayangan seolah mereka kini macam dah kembali bersama.
Sehingga kini tak ada kenyataan lebih jelas tentang status rumah tangga mereka dari Sharnaaz dan juga Nabila. Apa pun kita doa yang terbaik untuk kedua pasangan ini.
Kalau yang ikuti perkembangan, Jebat baru-baru ini cedera sikit di wajahnya terutama di bahagian hidung keraan terjatuh ketika bermain di tar jalan di kawasan rumahnya. Biasalah budak lelaki, lasak.