Akhirnya Datin Shahida upload foto bersama Aliff Syukri, ini captionnya

3,124 views

Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida kini dah pun berbaik semula, dan semuanya bermula pada bulan mulia, bulan Ramadhan. Setelah muhasabah diri apabila duduk berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Aliff Syukri mengatakan dia kini sedar keluarga adalah segalanya buat dirinya.

Penyatuan semula keluarga besar Aliff Syukri ini ternyata membuatkan ramai happy termasuk para follower mereka.

Di laman media sosial Instagram, buat pertama kali dalam masa 4 bulan ini, akhirnya Datin Seri Shahida telah memuatnaik gambar suaminya itu. Kali terakhir Datin Shahida muatnaik gambar suaminya itu adalah pada bulan Januari yang lepas.

Datin Shahida telah upload foto dirinya dengan Datuk Aliff Syukri bersama anak bongsu mereka iaitu Raudhah. Katanya, kini keluarga untuk Raudhah dah pun kembali lengkap dengan hadirnya abahnya di sisinya.

Ini tulis Datin Shahida: “Lengkap dah family Raudhah Arshiyah”. Caption itu turut di sertakan sekali emoji love buat insan tersayang.

Kemudian, Aliff Syukri dilihat turut memberi komen di gambar berkenaan dengan mengungkapkan kata cinta buat isteri tesayang. “I love you sayang”. Itulis komen Aliff Syukri di ruang komen yang terus mendapat banyak tanda suka dari para follower.

Datin Shahida juga mengatakan, dek kerana Aliff Syukri lama tiada di sisinya, kini anak bongsu itu lebih melekat dengan ibunya. Kerana itu, Aliff Syukri mula cemburu kerana Raudhah lebih mesra dengan ibunya.

Ini tulis Shahida: “Raudhah cak pom-pom. Aliff Syukri dah mula cemburu la tu sebab Raudhah kini asyik nak melekat saja dengan saya ni”.

Aliff Syukri pula membalas: “I pun tak sangka wujud baby asyik melekat macam ni, aiyo habislah abah macam ni”.

Kemesraan antara kedua suami isteri ini membuatkan ramai yang turut gembira dan ramai yang menulis komen mendoakan agara hubungan mereka menjadi lebih kuat selepas ini.

Diimbas kembali, sebelum ini, telah timbul ura yang mengatakan hubungan antara Aliff Syukri dan Shahida telah retak sehingga membuat tuntutan permohonan untuk berpisah.