Yang kutuk ni mereka tak beli pun muzik, Nabila Razali

2,662 views

Masih lagi isu tentang nyanyian Nabila Razali yang sedikit terkucil ketika buat persembahan live di satu rancangan televisyen edisi raya, kali ini penyanyi ini tampil memberi satu kenyataan yang agak tegas.

Walau ada yang masih lagi beri komen tak berapa nak elok pada dirinya, Nabila Razali yang popular menerusi lagu Pematah Hati ini memberitahu, dia akan ambil yang positif sahaja dan berfikiran terbuka.

Nabila razali yang mesra disapa Bella mengatakan dia akan abaikan segala komen kurang enak pada dirinya, yang mana kebanyakkan dari golongan yang tak pernah support dirinya pun sebelum ini.

Penyanyi ini akan pedulikan mereka dan akan terus bangkit dan lebih bersemangat untuk buat persembahan selepas ini.

Dari satu popsting di laan Ig miliknya, Nabila Razali menyatakan, selalunya individu yang lantang komen mengentam ni sebenarnya tidak pernah nak sokong karay seseorang anak seni pun.

Jom baca komen dari Nabila Razali: “Yang kutuk-kutuk orang ni, selalunya mereka tak beli pun muzik korang, do not buy your music, they do not buy ticket to watch your film, they do not support your drama, mereka ni tak beli tiket pun untuk tengok teater. Kenapa perlu nak fikir dan pedulikan tentang mereka ni? Terus buat apa yang kalian buat dengan terbaik. Set your goals straight. Gapai cita dan impian kalian

Memang padu komen dari Nabila Razali kali ini. Video ini menerima komen yang positif dari rakan dan juga followernya.

Stay strong kak Bella, kami para peminat Bella akan setiasa support segala naskah seni dari kak Bella”. Itulah antara komend ari peminat setia Nabila Razali.

Dalam pada itu, ada peminat mengatakan setiap manusia susah tentu ada silap dan tidak pernah sempurna pun.

Video dari Nabila Razali tentang isu ini menerima lebih dari 160 ribu views dan menerima lebih dari 600 komend ari para followernya hanya dalam masa 8 jam dimuatnaik.