Sampai menangis Janna Nick dibuatnya

13,078 views

Kisah cinta antara pelakon popular tanah air Janna Nick dan juga pelakon sedang meningkat naik iaitu Dini Schatzmann mula diketahui ramai. Kalau ikutkan ketika ini, memang mereka berdua ni dah pun secara terbuka akui sedang dilamun cinta.

Seperti manusia biasa, kedua mereka amat aktif upload gambar bersama di laman media sosial dan ini membuatkan para follower dan peminat seronok tengok hubungan mereka yang amat sweet dan bersemut.

Pada 1 Jun yang lalu, telah lengkap kitaran umur Janna Nick masuk ke 25 tahun. Dan sempena hari lahir kekasih tersayang, Dini Schatzmann telah buat sesuatu sampaikan menitis air mata Janna Nick dibuatnya.

Dini Schatzmann telah merakam satu video yang mana dia telah buat satu kejutan istimewa buat Janna Nick.

Video dirakam oleh Dini bermula dari dia mengambil Janna Nick sampailah ke destinasi sambutan hari lahir untuk mereka berdua sahaja.

Janna Nick dikehendaki menutup mata sepanjang perjalanan dan pelakon Cofee Prince ini memang tak tahu apa kejutan yang bakal diterimanya.

Setibanya di lokasi, Dini membawa Janna Nick ke satu tempat khas untuk mereka berdua dengan hiasan birthday untuk Janna. Dini telah menghadiahkan kek dan juga beg berjenama.

Melihat usaha Dini yang bersungguh itu, Janna Nick telah tersentuh hati dan mengalirkan air matanya. Janna Nick kelihatan gembira dengan kejutan itu.

Telah membuat Janna mengalir air mata, menerusi caption, Dini menulis ucapan memohon maaf kepada Janna, dan memebritahu dia amat menyayanginya. “Sorry sangat buat awak menangis, Happy birthday sayangku. Saya harap kehadiran saya akan menambah lebih banyak senyuman, gelak tawa dan saat indah dalam hidup awak.  I love you, Janna Nick.

Kemudian di ruang komen, ini balasan dari Janna pula: “Kita berdua bersama hingga ke akhirnya, amin.

Video Dini Schatzmann dan Janna Nick ini menerima banyak komen dari para follower yang mengucapkan hari jadi buat Janna dan ramai kagum dengan usaha romantic Dini Schatzmann. Peminat juga berdoa agar mereka berdua cepat-cepat naik pelamin.