Sedang hangat bercinta, pelakon filem Adnan Sempit, Intan Ladyana dan pasangannya, pelakon baru Harris Alif sekali lagi menerima perhatian dari para netizen di alam maya ketika ini.
Kali ini ianya berkisar tentang sambutan hari lahir pelakon jelita ini. Untuk pengetahuan semua, Intan Ladyana telah menyambut hari lahir yang ke 38 tahun, pada tarikh 2 Jun, iaitu semalam.
Seperti semua pasangan yang lain, sudah tentu seseorang itu akan menyambut hari penuh bermakna itu dengan kekasih hati. Sempena hari lahirnya, Intan Ladyana telah menerima sejambak bunga dari Harris Alif.
Malah Intan telah berkongsi jambangan bunga berkenaan menerusi satu post di laman media hiburan instagram miliknya.
Memang dah jelas bahawa pasangan ini sudah semakin terbuka untuk berkongsi kisah antara mereka untuk tatapan orang ramai dan para follower.
Dilihat dari post berkenaan, Intan menunjukkan ucapan khas dari Harris Alif yang mengatakan Intan Ladyana sebagai seorang yang amat istimewa buat dirinya.
Ini ucapan dari Harris kepada Intan Ladyana: “Hai my lucky charm, selamat hari lahir kepadamu. Kamu merupakan seorang yang teramatlah special buat saya and I cherish our days together.”
Intan Ladyana telah mengucapkan terima kepada kekasih hatinya itu di ruangan caption.
Dalam pada itu, menjengah laman media milik Harris Alif pula, jejaka kacak ini memuatnaik gambar bersama dengan Intan Ladyana. Mereka dilihat telah sambut hari lahir Intan bersama.
Dapat dilihat mereka berdua telah keluar makan, dan gambar itu menunjukkan mereka sedang menunggu makanan di sebuah restaurant.
Kalau tengok diruang komen instagram mereka, ramai yang gembira melihat pasangan ini lebih terbuka berkongsi kisah mereka dan rata-rata mengambil kesempatan untuk menulis ucapan hari lahir buat Intan Ladyana.
Selain itu ada juga yang tak sabar nak lihat Intan Ladyana dan Harris Alif bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Follower berseloroh seperti tak sabar nak terima jemputan dan tak sabar nak makan nasi minyak.