I miss you so much, Aprena Manrose luah rasa rindu arwah mama

5,264 views

Pelakon Aprena Manrose telah muatnaik sekeping foto arwah ibunya di laman instagram pada hari ini. Aprena menyatakan pada tarikh ini, ibunya itu telah pergi kembali ke rahmatullah.

Ibu Aprena iaitu pelakon Rosnah Mohd Nor, telah menghembuskan nafas terakhir pada 2013 setelah bertarung dengan komplikasi dari serangan barah di wad onkologi hospital Kuala Lumpur.

Setelah tujuh tahun, ini tulis Aprena Manrose yang mengenangkan ibunya yang dah tiada lagi di dunia ini.

“Pada tarikh hari ini iaitu 4 Ogos 2020, waktu tengah hari, maka genaplah 7 tahun pemergian arwah mama saya. Arwah dah pergi tinggalkan saya di dunia untuk selama-lamanya. Dengan izinnya, semoga kita akan dapat bertemu di syurga nanti ya ma. Saya rindu sangat-sangat kat mama”.

“Minta jasa baik semua orang untuk kirimkan Al-fatihah kepada Rasnah Binti Mohd Noor dan doakan agar dia bersama dengan orang-orang yang beriman, amin”.

“Gambar ini yang diupload adalah ketika mama saya kahwin untuk kali kedua, Lihat memang cantik kan mama saya. Sentiasa ada dalam hati saya”.

Gambar ini menerima banyak ucapan takziah serta kata-kata semangat yang ditulis para followernya dan rakan artis seperti Alyah, Diana Rafar, Anne Ngasri dan Haiza.

Turut memberi komen ialah sepupu rapat kepada Aprena iaitu pelakon popular Nelydia Senrose dan juga Raysha Rizrose.

Ini komen dari Nelydia Senrose: “Masih teringat lagi di hari permergian Mamiros. Memang rindu sangat, Al-Fatihah.

Raysha Rizrose juga turut beri komen, ini tulisnya: “Sudah tentu, sekarang ni dia sedang menikmati masanya di syurga. Insyaallah al-fatihah kepada mamiros”.

Aprena Manrose merupakan adik kepada Oktovia Manrose yang mana kedua mereka adalah merupakan anak kepada arwah Rosnah Mohd Nor dan juga penyanyi yang pernah popular satu ketika dulu iaitu Iwan.

Dikesempatan ini, sama-sama kita doakan kepada arwah Rosnah Mohd Nor, Alfatihah.