Kena lafaz talak tiga, bekas isteri harap Amar Asyraf jenguk anak

4,518 views

Pelakon terkenal Amar Asyraf dikatakan telah melafazkan talak tiga kepada isteri kedua yang bernama Vivy Jeffry. Kes untuk sahkan lafaz talak tiga ini masih lagi berlangsung di mahkamah.

Hal ini telah diakui oleh Vivy yang mana mengatakan Amar Asyraf telah beri kerjasama yang baik dalam usaha untuk selesaikan kes berkenaan.

Ini komen dari Vivy lagi berkenaan isu tersebut.

“Sejak telah dilepaskan dengan lafaz talak tiga pada tarikh 4 November tahun 2019, proses untuk pengesahan masih lagi sedang berlangsung di mahkamah sampai hari ini.

“Saya nak ucap terima kasih kat Amar sebab dia banyak berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan isu ini.

“Kalau ikutkan, ada beberapa dokumen yang masih lagi tak lengkap sekaligus membuatkan pihak mahkamah tak dapat nak beri result rasmi tentang lafaz dan perpisahan kami ini”.

Sebagai seorang wanita, Vivy harap sangat proses perpisahan mereka itu akan selesai dengan cepat agar dia dapat move on dan hidup macam biasa.

“Tak ada apa lagi yang saya harapkan buat masa kini iaitu agar proses ini dapat selesai dengan pantas jadi bolehlah saya dan anak teruskan kehidupan, saya sentiasa berdoa.

“Apapun, saya harap sangat Amar sesekali tu datang untuk jenguk atau lihat anak, paling kurang tanya khabar pun dah cukup. Insyaallah tentang anak, saya akan besarkan dengan penuh kasih sayang yang tak terhingga”.

Sebelum ini, Vivy dan Amar Asyraf dikatakan bernikah tanpa pengetahuan pihak media dan orang ramai.

Kisah tentang perkahwinan mereka yang agak secret ini telah viral setelah dikongsi oleh seorang wanita bernama Ellika Azman.

Ellika mengatakan dia hampir sahaja nak bernikah dengan Amar Asyraf. Jelas Ellika, segalanya tak jadi kenyataan selepas dia baru tahu bahawa Amar ni pernah berkahwin dengan seorang lagi isteri bahkan mempunyai anak hasil perkahwinan kedua tersebut.

Amar Asyraf mempunyai isteri pertama bernama Arna Salleh yang dikahwini pada tahun 2013.