8 Foto baby Fasha Sandha dan Aidil, Aisha namanya

4,616 views

Pada hari ini, Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz telah buat satu pengumuman iaitu nama anaknya. Ini merupakan anak pertama buat Aidil Aziz dan yang ketiga buat Fasha Sandha.

Melalui laman Instagram, kedua pasangan ini telah buat pengumuman bahawa nama anak mereka ialah Aisha. Jom baca komen dari tuan punya badan, Fasha Sandha di media sosial.

“Salam sekalian dunia, hari ini adalah hari pertama hadirnya Aisha ke dunia ini. Pada hari Jumaat, tarikh 7 Ogos tahun 2020. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Aisha, ibu dan semua family.

“Tak lupa juga ribuan terima kasih kepada team Datuk Dr Rafi daripada UMRA Medical Centre yang telah jaga Aisha dan ibu dengan baik sekali. Alhamdulillah syukur semua baik sahaja. Thanks semua”

Ini pula komen dari Aidil Aziz di laman media: “Salam, nama saya ialah Aisha, baby A. Syukur alhamdulillah telah selamat dilahirkan dan sihat. Syukur dengan rezeki yang diberi ini. Thank you isteriku di atas kandungan selama ini. Saya akan cuti sebulan jaga dan juga jadi peneman buat isteri ketika pantang ni okey. Terima kasih juga pada mereka yang tidak henti doakan kami”.

Dapat dilihat di tempat komen, ramai follower peminat dan juga rakan artis yang menulis ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Ramai juga yang memberikan pujian akan kecomelan baby Aisha ini yang mengatakan wajahnya macam ibunya Fasha. Ini antara gambar Aisha.

Adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha turut memuatnaik beberapa gambar sedang mendukung anak buahnya itu. Ini fotonya.

Kalau nak tahu, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah bernikah dan bergelar pasangan suami isteri pada bulan Mac 2019.

Perkahwinan ini adalah yang kedua buat Fasha yang pernah berkahwin dengan Jejai. Perkahwinan dengan Jejai itu, Fasha dikurniakan dua anak bernama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.