Tasha Shila bahagianya bercinta lepas kahwin, tapi disoal bila nak ada anak

2,929 views

Walaupun baru berkahwin pada bulan Februari tahun ini, pelakon Tasha Shilla dah mula menerima pertanyaan bila nak mengandung. Bagi pelakon ini soalan itu biasa diterimanya dan tak ada rasa ianya keterkakuan sampai pressure.

Bagi pasangan ini, apa-apa berkaitan zuriat, ianya dah tertulis dan percaya semua itu akan dikurniakan pada masa yang sesuai buat mereka.

Tambahnya, ketika ini, Tasha dan suaminya iaitu Muhammad Atiq Idris masih lagi sedang fasa berbunga-bunga dengan suaminya. Maklumlah cinta selepas kahwin.

“Untuk saya, tentang zuriat itu semua sudah tentu Allah yang tentukan. Umpama jodoh saya jugalah sebelum ini, umur 33 tahun baru saya bertemu suami. Diri ini yakin bahawa Allah akan beri rezeki pada masa yang sesuai.

“Saya tidak ada rasa pressure dengan soalan tentang anak. Kerana sekarang ini saya dah ada empat anak buah, bagi saya mereka semua tu dianggap macam anak sendiri juga.

“Lagi pula, saya dan Atiq tak bercinta sangat masa baru kenal sebelum kahwin. Kami kenal dalam tempoh sebulan dan terus saja nekad nak nikah. Oleh itu, lepas kahwin ni kami berdua barulah nak masuk fasa cinta. Memang inilah masa buat kami untuk bercinta”.

“Secara jujur, saya seronok dapat bercinta lepas bergelar isteri. Memang ada cabaran dan banyak benda baru yang kami suami isteri belajar. Syukur saya kini sedang bahagia.

Akui ada selisih faham, mereka akan segera membaiki hubungan mereka. Ini komen Tasha Shila lagi.

“Ada masanya kita kena sabar tapi alhamdulillah, semuanya baik sekali. Kami berdua masing-masing tahu tanggungjawab kamai, kalau ada bergaduh tu pun sekejap saja. Ketika sebelum masiuk tidur, mesti saya atau suami akan mohon maaf.

Menyatakan ada buat rancangan ke Mekah untuk honeymoon, semua tertunda disebabkan adanya wabak yang melanda sebaik sahaja meeka berkahwin. Pada bulan Mac, Malaysia pula melaksanakan PKP.

“Wabak pandemic ini membantutkan rancangan kami nak ke Mekah buat umrah. Kalau ikutkan sampai seakrang tak ada berbulan madu lagi. Denagn izinya, nak tunggu rezeki ke tanah suci Mekah nanti”.

Selepas berkahwin, Tasha Shila menerima pujian kerana sering tampil lebih sopan. Malah gambar romantik Tasha Shila dan suami Atiq sering menerima komen positif dari orang ramai.