Abby Abadi buat surgery, dua minggu dah turun 5 kilogram

2,573 views

Selebriti iaitu Abby Abadi kini telah buat surgery dikenali dengan nama bariatric atau pun sinonim dengan nama ikat perut.

Kini dah dua minggu Abby Abadi buat surgery berkenaan dan nampaknya ianya mula menunjukkan hasil yang amat baik. Sejak jalani surgery, kini Abby Abadi dah kehilangan sebanyak lima kilogram, memang amat positif sekali.

Menerusi satu perkongsian, Abby Abadi kini lebih berani untuk bergambar dan posing depan kamera, kerana sebelum ini selalu malu-malu untuk bergambar.

 “Kini dah dua minggu lepas surgery, syukur dah hilang 5 kilogram. Rasa nak posing juga kerana badan mula rasa dah kurang lemak degil”.

 “Bariatric surgery ni memang bantu saya jadi ceria hari-hari. Kepada mereka yang kat luar tu, kalau ada yang berat atas 80 kilogram atau pun lebih 100 kilogram dan yang ada macam-macam penyakit, bolehlah buatl, kita berusaha”.

Tambah penyanyi yang terkenal dengan kumpulan Elite ini, sekarang, dia dah mula boleh pakai baju lamanya, yang beberapa tahun dulu dia beli.

“Saya nak share yang baju dipakai ni saya beli di kota Singapura ketika ada event tahun 2019, masa tu beli je tak cuba, rupanya tak muat, butang tak muat.

 “Kini akhirnya dah boleh muat dah. Seluar jeans pun sama, beli tak cuba, pada hari ini saya try akhirnya baru boleh muat dipakai”.

Sebelum ini, Abby Abadi ada share yang dia ambil keputuasn untuk buat surgery berkenaan untuk elak masalah berat yang tak dapat dikawal. Beratnya ketika itu sampai 92 kilogram. Demi keluarga dan kesihatan diri, Abby Abadi usaha dengan cara ini pula.

“Saya nak share apa itu bariatric surgery ni. Ianya istilah diguna pakai untuk semua jenis surgery untuk kawal berat seseorang dengan kurangkan kapasiti perut, mahupun kurangkan penyerapan makanan di bahagian usus.

“Nama je bariatric surgery, tapi tak ade operation besar pun. Tebuk je di beberapa bahagian kat perut. Pada hari sama dah boleh bangun masuk bilik air dah”.

“Apapun ini semua demi kesihatan dan masa depan yang lebih baik. Elok juga untuk elak penyakit keturunan, serta kurang kan kuat makan yang tak boleh nak kawal tu”.

Semoga Abby Abadi akan lebih sihat selalu selepas ini.