Ada cakap saya dan Zain macam mak dan anak, Che Ta

4,386 views

Pelakon Rozita Che Wan kini sedang bahagia dengan suaminya Zain Saidin. Walaupun usia suami lebih muda sejauh 12 tahun, namun Rozita Che Wan berkata dia tetap happy bergelar isteri kepada Zain Saidin.

Namun, bagi sesetengah orang lain, sudah tentu ada yang iri hati dan sering melemparkan kata-kata kurang enak terutama melihat kebahagian yang dipancarkan pasangan ini.

Sejak dari mula berkahwin, Rozita Che Wan yang lebih mesra dipanggil Che Ta memberitahu, ada saja komen kurang enak yang sering dibaca yang ditulis sestengah golongan netizen yang kurang senang melihat mereka berdua, apatah lagi Che Ta memang kerap upload gambar bersama suaminya itu di laman media sosial.

Bagi Che Ta, semua itu adalah satu kelucuan sahaja walaupun ada masa dia memang rasa geram dengan komen berkenenaan. Ini komen Che Ta.

“Kalau saya upload foto dengan Zain, ada je komen yang mana menyamakan saya dan Zain umpama seorang kakak dan adik. Dan lebih sadis lagi, ada cakap kami ni macam mak dan anak.

“Jikalau nak fikir secara serius, memanglah geram, namun bagi saya, tanaklah larut dengan komen sedemikian. Cara saya senang saja, kalau ada komen dah lebih-lebih, saya akan block saja”.

Dalam pada itu, rakannya yang juga pelakon iaitu Noniswara pernah tanya kepada Che Ta, apakah perasaan kalau nanti umur menginjak usia 60 tahun, tetapi suami iaitu Zain masa tu baru 50 tahun. Ini jawapan Che Ta.

“Terkedu sekejap juga saya nak fikirkannya. Cumanya saya selalu ingat kasih sayang dan perasaan cinta bukanlah berdasarkan fizikal semata-mata, namun ianya lebih kepada hati seseorang tu. Walaupun dah jadi kerepot, insyaallah dengan izinnya semoga Zain akan tetap setia.

“Suami ni kalau nak buat hal atau main kayu tiga, selalunya dia tidak tunggu isteri tu dah tua atau sebaliknya”.

Che Ta dan Zain Saidin kini dah 7 tahun berkahwin dan mempunyai seorang puteri bernama Aaisyah Dhia Rana yang semangnya teramatlah comel. Che Ta juga ada dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra hasil perkahwinan terdahulu.