Video penuh, Sharifah Zarina dan anak naik angin dengan restoren

15,613 views

Siapa yang ingat lagu popular Langit Ketujuh, memang sedap lagu itu. Ianya dinyanyikan oleh penyanyi Sharifah Zarina.

Sharifah Zarina mempunyai anak bernama Athalia Deena Buswani yang amat popular di laman media sosial. Popular di laman Instagram dan juga Tiktok. Sebelum ini anaknya ada jadi perhatian kerana dikaitkan dengan Alvin Chong.

Kali ini ada satu lagi isu melibatkan Sharifah Zarina dan anaknya itu. Mereka berdua telah meluahkan rasa kurang puas hati dengan layanan sebuah restoran bernama Pokok KL.

Luahan hati itu dibuat menerusi dua buah video yang mana Sharifah Zarina dan Athalia menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.

Dengan nada panas hati, Sharifah Zarina kecewa serta persoalkan tindakan kedai itu kerana dia dan anak telah diminta untuk meninggalkan kedai makanan berkenaan kerana akan ada event mahu dibuat di situ.

Sharifah Zarina bersama family dan rakan-rakan anaknya hadir ke sana untuk sambut birthday Athalia.

Mereka hanya ada masa selama 15 minit sahaja untuk order disebabkan kedai itu ditutup untuk event lain.

“Dah book sepuluh orang tempat ni Pokok KL. Pada jam 4 suku petang tetiba mereka cakap tempat ini ada event. Peduli apa aku korang ada event. Korang ada bagi tahu kat mana, letaklah sign besar-besar di luar sana. Dan baik tak payah nak masukkan aku kat dalam list ni sebenarnya kan.

“Tadi aku kat depan tu beratur apa pasal korang bagi aku masuk juga dalam ini. Tahu pun kami semua datang ramai kan”.

“Bolehlah korang pokok ni jangan nak jadi pokok, kayu sangat. Aku nak buat event dengan anak aku. So kitorang nak buat event tempat lain, nak cari tempat lagi mahal lagi, okey bye”.

Athalia juga ada upload video yang mana dia kurang senang dengan hal itu. Jelasnya dan ibu, pihak restoran berkenaan ada minta maaf dan mahu beri mereka kupon bernilai RM50, dua keeping nak diberikan. Namun dari reaksi video mereka tidak berminat.

Tak lama kemudian, kerana jadi viral, owner restoran Pokok KL iaitu Christine Bong tampil beri kenyataan balas.

Christine memebritahu sudah banyak kali dia buat notis penutupan awal di restoren itu kerana ada event dan ini termasuk di laman media. Pihak restoren juga bercadang mahu mencari lawyer sekiranya mahu membawa kes ini ke mahkamah.