Isteri dedah Dato Aaron Aziz kantoi panggil ‘sayang’ kat pelakon lain

4,740 views

Bekas pemenang artis paling popular tahun 2012 dan tahun 2014 iaitu Dato Aaron Aziz telah kantoi panggil wanita lain dengan nama sayang.

Hal ini telah didedahkan isterinya Datin Diyana Halik meenrusi satu pendedahan di laman media sosial. Dato Aaron Aziz menulis panggilan itu kepada seorang pelakon popular, hai siapakah gerangannya ye?

Petang tadi, Diyana Halik telah upload satu posting print screen menunjukkan bukti bahawa Aaron Aziz menulis panggilan sayang kepada pelakon antarabangsa Preity Zinta.

Komen berkenaan dapat dilihat dengan jelas di sekeping foto di Instagram pelakon Bollywood itu.

Hai sayang, awak masak apa hari ni ye? Abang balik lewat sikit hari ini okay. Janganlah rindu abang okay“. Ituah yang ditulis oleh Aaron Aziz di gambar Preity Zinta.

Netizen dan geng bawah dari Malaysia dapat melihat komen itu. Dan sudah tentulah mereka semua tag nama isteri Aaron Aziz di komen berkenaan.

Mengetahui ada netizen yang dah tag namanya, Diyana halik terus printscreen dan upload komen Aaron Aziz itu.

Ini caption dari Diyana halik: “Tadi saya panggil dia, kemain lagi kata dia tengah sibuk. Nanti kejap dia konon tengah settle some stuffs. Sekarang dah tidak boleh nak lari dah Malik. Cuti dah habis dah bro. Ada orang tag nama gua. Lu jangan nak macam-macam ye Malik. Sekejap nak tanya ustaz apa hukumnya kalau macam gini”.

Aaron Aziz turut ada balas semula dan secara berseloroh kata dia tak tahu siapa yang komen sebegitu.

Abang memang tidak tahu menahu ni semua, siapa punya kerja agaknya. Tak faham macam mana boleh ada orang komen gunakan Instagram abang ni. Tak apa lah sayang, buat je swab test tu ye, nanti kita jumpa quarantine okey. Do not worry baby Preity Zinta. Abang is here for you. Abang love Diyana Halik. Abangdianiaya”.

Sebenarnya ini adalah gurauan suami isteri sahaja. Ramai yang terhibur dengan telatah Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik.

Diyana ada juga akui bahawa suaminya itu merupakan peminat kepada Preity Zinta. Ini tulisnya: “Sejak dari dulu Aaron memang minat fanatik Preity. Tak mengapa kita kasi chance”. Manakala Aaron pula mendedahkan bahawa isterinya itu adalah peminat pelakon Korea.