Izreen Azminda upload foto berniqab, bila ditanya ini jawapannya

2,791 views

Sejak Neelofa melakukan anjakkan paradigm dalam dirinya yang kini dah berniqab, ramai selebriti lain dilihat menjadikannya sebagai idola dan turut cuba untuk berubah.

Memang susah, terutama bagi seorag artis, kerana setelah berniqab, mungkin tiada lagi job atau tawaran endorsement terutama dari jenama antarabangsa. Tetapi Neelofa telah nekad dan ini amat mengagumkan.

Sebelum ini, Umie Aida, Linda Rafar, Ifa Radzia, Yatt Hamzah ada upload gambar berniqab, tanda beri sokongan dan kagum kepada Neelofa. Malah pelakon Ammar Alfian turut mula terkesan dan telah buang gambarnya setelah melihat perubahan Neelofa.

Kali ini giliran seorang lagi pelakon iaitu Izreen Azminda. Isteri kepada musician Ude Wahid ini jadi perhatian setelah muatnaik tiga keping gambarnya memakai purdah. Jom baca captionnya.

“Siapa yang keinginannya hanya ada di dunia, sudah tentu Allah akan selerakkan urusannya. Akan jadikan kehidupan kelam kabut dan jadikan kefakiran berada didepannya. Dia tak akan dapat apa-apa di dunia melainkan apa yang tercatat”.

“Dalam masa itu, sesiapa yang keinginannya adalah untuk mencari akhirat, maka Allah akan teguhkan keinginannya itu, jaga segala urusan hidupnya malah jadikan kekayaan dalam hatinya. Makanya dunia ini sendiri akan datang padanya secara tunduk dan terpaksa. Ayat ini diambil dari Neelofa sebab bila saya baca saya tersentuh. Semoga saya dan kita semua akan berada di landasan yang betul. Entry ni bukan nak tunjuk baik, tetapi kami berusaha untuk berubah cari keredhaan Tuhan yang maha kuasa”.

Ramai yang tahu adakah Izreen Azminda dah berhijrah? Akhirnya pelakon ini mengatakan dia belum lagi ada sebarang perubahan dari segi memakai tudung, dan hanya nak beritahu purdah yang dia pakai itu selesa dan promote kedai yang menjualnya.

“Untuk perhatian, saya masih sama, tiada sebarang perubahan dari segi pakaian sebelum ni. Masih lagi pakai tudung, macam dulu. Cuma saya nak habaq khimar yang dipakai ni mudah dan amat selesa. Sejuk tak panas senang nak buat aktiviti seharian dengan baik. Boleh beli di Khimar by Amelia Hassan”.